Tragedi 'beef Wellington' cendawan beracun, menantu didakwa cubaan bunuh ibu bapa mentua
KEMATIAN menjadi tragedi, seorang wanita dituduh membunuh ibu bapa mentuanya dengan menghidangkan 'beef Wellington' beracun yang mengandungi cendawan beracun ketika makan tengah hari beberapa bulan lalu.
Bekas editor sebuah akhbar Australia, Erin Patterson didakwa kerana menghidangkan menu yang membunuh tiga tetamu dan meracuni seorang paderi.
Patterson didakwa memasak 'beef Wellington' pada akhir Julai, menjamu ibu bapa mentuanya Don dan Gail Patterson, kedua-duanya berusia 70 tahun, serta paderi Baptist tempatan Ian Wilkinson, 69, dan isterinya Heather, 66.
Don, Gail dan Heather meninggal dunia beberapa hari selepas itu manakala Ian akhirnya pulih selepas hampir dua bulan mendapatkan rawatan di hospital.
Patterson berulang kali mengatakan dirinya tidak bersalah.
Dia juga telah didakwa dengan tiga lagi tuduhan cubaan membunuh, berpunca daripada insiden berasingan pada 2021 dan 2022 di mana seorang lelaki berusia 48 tahun jatuh sakit selepas dijamu makan.
Baca juga: Awas cendawan beracun boleh bawa maut, ini cara kenalinya
Wanita berusia 49 tahun itu diapit oleh pengawal ketika tiba di Mahkamah Majistret Valley Latrobe kelihatan tenang sepanjang perbicaraan.
Patterson berkata dia sendiri telah dibawa ke hospital selepas makan kerana sakit perut dan menerima rawatan titisan intravena serta ubatan untuk mencegah kerosakan hati.
Wanita itu berkata dia menyajikan daging lembu yang dimasak bersama campuran cendawan butang yang dibeli dari pasar raya dan cendawan kering yang dibeli di kedai runcit Asia beberapa bulan sebelumnya.
"Saya kini kecewa memikirkan bahawa cendawan ini mungkin menyumbang kepada penyakit yang dideritai oleh orang yang saya sayangi.
"Saya benar-benar ingin mengulangi bahawa saya sama sekali tidak mempunyai sebab untuk menyakiti orang-orang ini, yang saya sayangi," tulisnya dalam satu kenyataan pada Ogos.
Baca juga: Tanggungjawab menantu terhadap mentua, ini yang wanita perlu tahu
Anak-anaknya, yang tidak hadir acara makan tengah hari itu memakan baki daging lembu Wellington pada hari berikutnya. Bagaimanapun, cendawan itu telah dikikis daripada hidangan kerana mereka tidak menyukai kulat.
Cendawan payung beracun tumbuh melata di seluruh wilayah yang mengalami iklim basah dan hangat di Australia serta mudah disalah anggap sebagai jenis yang boleh dimakan.
Cendawan jenis itu berasa lebih manis daripada jenis cendawan lain tetapi mempunyai toksin kuat yang perlahan-lahan meracuni hati dan buah pinggang.
PANDUAN KENALI KULAT BERACUN
1. Topi berwarna merah terang
Cendawan bertopi merah beracun dan boleh memberi kesan halusinasi.
2. Selaput putih pada pangkal batang di dalam tanah
Untuk mengenal pasti volva, anda perlu menggali sedikit pada pangkalnya di dalam tanah. Jenis Amanita sp. boleh membawa maut mempunyai volva.
3. Insang berwarna putih
Biasanya insang pada cendawan yang boleh dimakan berwarna merah jambu.
4. Cincin pada batang cendawan
Sesetengahnya mempunyai tisu berbentuk cincin atau annulus yang melindungi insang cendawan sebelum cendawan matang.
Public Health Malaysia menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan dari memetik dan makan tumbuhan itu yang tidak di ketahui atau lebih selamat beli daripada pembekal komersil.
Sumber: Berita RTM
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang