CENDAWAN adalah sejenis tumbuhan yang hidup dalam iklim panas dan lembap sepanjang tahun.

Cendawan kaya dengan khasiat vitamin D dan antioksidan selain mempunyai kadar serat yang tinggi.

Ia merupakan antara makanan terbaik untuk membantu mengurangkan berat badan berlebihan kerana mengandungi kolesterol yang rendah.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun dalam pelbagai ratusan jenis cendawan, tahukah korang tidak semuanya boleh dimakan dan paling menakutkan ia mempunyai racun yang boleh membahayakan kesihatan manusia.

Seperti yang terjadi kepada sembilan beranak di Kampung Nyiur, Paka di Dungun, Terengganu yang mengalami muntah termasuk muntah darah gara-gara menikmati hidangan sayur cendawan goreng yang dipercayai beracun, minggu lalu.

Kejadian pada 8 November itu mengakibatkan keluarga Nurul Musfirah Ghazali, 32, termasuk suaminya, Muhammad Nurhadi, 36, dan tujuh anaknya yang berusia antara empat hingga 13 tahun dirawat di Hospital Dungun selama tiga hari.

Baca juga: Muntah campur darah, cirit-birit sampai lembik lepas makan ‘cendawan busut’, wanita keracunan hingga dikejarkan ke hospital

Menurut Nurul Musfirah, kurang sejam selepas menikmati juadah makan tengah hari itu, perut mereka sekeluarga bertukar panas hingga satu persatu anaknya rebah.

Katanya, cendawan berkenaan dipetik berdekatan rumahnya tanpa mengetahui ia beracun bagi dimasak bersama kacang panjang.

Ujarnya, dirinya buntu dan takut apabila mereka anak beranak tiba-tiba muntah, suaminya serta anak keempat muntah darah.

Nurul Musfirah berkata, suaminya menguatkan diri membawa mereka sekeluarga ke Klinik Kesihatan Paka yang terletak kira-kira lima kilometer dari kediaman sebelum dibawa ke Hospital Dungun dengan ambulans.

“Alhamdulillah, kami cepat menerima rawatan dan selepas tiga hari dimasukkan ke hospital, kami dibenarkan pulang. Pegawai kesihatan turut mengambil sampel cendawan itu dan tidak menolak kemungkinan kami keracunan makanan akibat memakannya,” katanya kepada portal tempatan.

Awas cendawan beracun boleh bawa maut, ini cara kenalinya

Sementara itu, menurut Public Health Malaysia, pada musim hujan ini banyak cendawan yang tumbuh di sekitar rumah. Orang ramai diminta berhati hati. Jangan petik cendawan yang tidak diketahui dan terus makan.

Kongsinya menerusi Facebook, antara kejadian keracunan yang sering berlaku adalah jenis Chlorophyllum Molybdites kerana ia sama seperti cendawan busut.

Toksin atau racun dari cendawan liar apabila dimakan boleh menyebabkan;

  • Loya, muntah dan cirit birit.
  • Celaru fikiran (mental confusion), halusinasi, gangguan kordinasi otot (muscle incoordination) dan sawan serta gejala lain seperti demam dan sakit kepala.
  • Sebahagian toksin mempunyai kesan jangka panjang seperti kegagalan buah pinggang (kidney injury).
  • Kesan toksin cendawan yang teruk boleh menyebabkan kematian.

Pesannya, antara langkah yang boleh dilakukan adalah dengan mengelakkan dari memetik dan makan cendawan yang tidak di ketahui. Ketahui reputasi dan penjual cendawan atau lebih selamat beli dari pembekal komersil.

Menurut perkongsian yang sama, ini empat cara kenali cendawan beracun;

1. Topi berwarna merah terang.

Terdapat cendawan bertopi merah yang didapati beracun atau memberi kesan halusinasi.

2. Selaput putih pada pangkal batang di dalam tanah.

Untuk mengenal pasti volva, kita perlu menggali sedikit di pangkal cendawan di dalam tanah. Cendawan Amanita sp. yang boleh membawa maut jika dimakan mempunyai volva.

Baca juga Rupa macam cendawan biasa, namun jangan sampai termakan jenis beracun

3. Insang berwarna putih.

Biasanya insang pada cendawan yang boleh dimakan berwarna merah jambu.

4. Cincin pada batang cendawan.

Sesetengah cendawan mempunyai tisu berbentuk cincin atau annulus yang melindungi insang cendawan sebelum cendawan matang.

Awas cendawan beracun boleh bawa maut, ini cara kenalinya

Dalam pada itu, ini lima cendawan yang tidak boleh dimakan;

Dengan makan cendawan ini, ia boleh menyebabkan kerosakan hati yang teruk, muntah, cirit-birit, hipotermia dan kematian.

1. Amanita Bisporigera

Iklan

Ia dikenali sebagai cendawan Eastern North American Destroying Angel atau cendawan malaikat pemusnah.

Cendawan ini mempunyai payung putih halus yang dapat mencapai hingga 10 sentimeter dan panjangnya sehingga 14 sentimeter.

2. Pholiotina Rugosa

Pholiotina rugosa adalah cendawan rumput biasa yang tumbuh secara meluas dan biasa dijumpai di kawasan barat Laut Pasifik.

Ia mengandungi mikotoksin yang boleh membawa kepada kematian.

3. Sulfur Tuft

Cendawan ini tumbuh secara besar-besaran dalam gumpalan besar pada tunggul, akar mati atau batang pokok yang lebar.

Cendawan ini sangat pahit dan beracun. Jika memakannya, ia boleh menyebabkan muntah, cirit-birit dan sawan.

4. Galerina Sulciceps

Iklan

Cendawan ini hidup di wilayah tropika Indonesia dan India namun pembiakannya juga dilaporkan berada di Eropah.

Cendawan ini terbukti mengandungi toksin alpha- (α-), beta- (β-) dan gamma- (γ-) amanitin.

Baca juga “Tengah tidur tiba-tiba menangis kuat“ – Ibu cerita detik cemas bayi 4 bulan disengat lipan jam 3.30 pagi

5. Galerina Marginata

Cendawan ini tumbuh pada kayu konifer yang reput dan payungnya berwarna coklat atau kuning coklat pudar ketika musim kering.

Ia tersebar luas di Hemisfera Utara termasuk Eropah, Amerika Utara, Asia dan Australia.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Public Health Malaysia, Twitter mioskitchen