[VIDEO] Wanita 55 tahun akhirnya bertemu jodoh, adik sebak lihat kebahagiaan kakak
RATA-rata wanita menyasarkan usia 20-an hingga 30-an untuk mendirikan rumah tangga.
Namun siapa kita untuk menidakkan takdir andai dikurniakan jodoh kali pertama ketika melewati usia matang. Tentunya perancangan ALLAH adalah yang terbaik.
Mengambil inspirasi daripada kisah ini, diharapkan ramai yang akan membuka mata agar tidak berputus asa di dalam perihal jodoh.
Video yang memaparkan seorang wanita berkahwin kali pertama pada usia 55 tahun menjadi perhatian ramai di laman sosial TikTok.
Walaupun mendirikan rumah tangga pada usia matang di kala diri mungkin sudah memiliki cucu saudara, kebahagiaan terpancar jelas pada wajahnya.
Majlis akad nikah dilaksanakan secara virtual kerana pengantin lelaki difahamkan sedang berada di Auckland, New Zealand.
Wanita berkenaan memakai sepersalinan kurung moden ungu muda tidak lekang mempamerkan senyuman kepada jemputan yang hadir saat diarak masuk ke dewan.
Dia kemudian disambut adik-adiknya dan mereka saling berpelukan, terharu meraikan hari bahagia kakak mereka.
“Raut wajah tak bisa berdusta. Dia benar-benar bahagia.
”Kesabarannya selama ini berbuah manis. Tuhan menyimpan dan mempersiapkan jodoh terbaik untuknya.
"Seluruh adik-adiknya terharu melihat kakak yang selama ini berjuang telah berhasil menemukan cinta sejati,” titip pengacara majlis.
Baca juga: Pelik Murid Datang Sekolah Setiap Hari Tak Ikut Penggiliran, Masuk Hari Ketiga Baru Tahu Rupanya…
Malah persandingan secara maya turut diadakan yang mana wanita berkenaan berdiri bersebelahan paparan gambar suaminya pada skrin.
“Jodoh adalah misteri Tuhan, untuk siapa pun di luar sana yang sedang memperjuangkan jodoh. Semangat ya, percaya sahaja semua akan tiba pada waktunya,” katanya.
View this post on Instagram
Warga maya rata-rata mendoakan kebahagiaan wanita tersebut.
Bahkan, tidak kurang juga yang terharu melihat kebahagiaan wanita itu. Ternyata, kalau sudah berjodoh, pasti setiap pasangan akan bertemu.
Benar, jodoh itu adalah ketentuan ALLAH SWT yang ditetapkan sebelum kita dilahirkan di dunia yang fana ini.
Percayalah setiap apa yang berlaku dan ketentuan yang ditetapkan oleh-NYA adalah yang terbaik buat diri kita.
Baca juga: 'Ikatan perkahwinan tidak terlerai sendiri melainkan dengan kematian' - Peguam Syarie
Baca juga: Sedia Masuki Fasa Pertengahan Perkahwinan, Tempuhi Krisis, Konflik
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: Rezha Tan, TikTok @shine
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang