Amalkan epal merah elak anak mengantuk ke sekolah, ini 5 menu ibu perlu cuba
AMALKAN memakan buah epal merah bagi mengelakkan anak-anak mengantuk pada waktu pagi untuk ke sekolah.
Setiap pagi merupakan waktu paling sibuk ibu bapa menguruskan anak-anak untuk ke sekolah mahupun tadika.
Ada segelintir daripada mereka menghadapi masalah berdepan dengan anak-anak yang sukar bangun pagi akibat mengantuk.
Pastinya setiap pagi akan terjadinya drama air mata oleh anak-anak yang liat bangun pagi sampaikan boleh terlambat ke sekolah ataupun ke tempat kerja.
Jika ibu bapa buntu untuk mencari jalan penyelesaiannya, boleh amalkan tip makan epal merah bagi mengurangkan mengantuk si kecil yang dikongsi oleh pengguna Facebook Ainini Zainal.
ANAK SELALU MENGANTUK PAGI-PAGI NAK KE SEKOLAH?
Anak-anak tidak perlukan kafein daripada minuman kopi dan sebagainya untuk mereka segar ke sekolah.
Bagi mereka epal merah. Yang hijau kurang sesuai untuk perut anak-anak waktu pagi.
Antara kebaikannya;
• Epal adalah caffeine-free, ia mempunyai natural sugar yang memberikan kesan serupa seperti kafein pada badan.
• Khasiat vitamin daripada epal akan bertindak sebagai bahan yang akan 'stimulate' badan anak untuk segar dan tak buat mereka mudah mengantuk.
• Lebih kurang 13g natural sugar ini, tidak seperti kafein, yang biasanya akan mencetuskan isu seperti 'mood swings' atau 'anxiety' bagi sesetengah yang mengambil kopi. Khasiatnya amat banyak.
• Badan anak rasa bertenaga sebab tenaga daripada 'natural glucose' itu dan ia dihadamkan dengan baik di samping baik untuk sel-sel badan anak.
• Epal kaya nutrien, vitamin, phytonutrients, antioksidan dan serat yang membantu badan kekal cergas.
• Nak jadikan epal sarapan setiap hari pun bagus sangat, sebab ia ada lebih kurang 90 kalori (kalau saiz sederhana), kiranya untuk sarapan sebelum ke sekolah tu ok sangat.
• Sistem penghadaman anak juga lebih sihat dengan pengambilan epal pada waktu pagi.
Baca juga Makin sihat, cergas dan ceria, Ainul sambut kelahiran adik baru
Baca juga Paru-paru masih belum kuat, Nad Zainal kembali ditidurkan
Sementara itu, ini contoh lima menu epal yang lain untuk anak selain daripada makan begitu terus sebiji;
1. Makan bersama homemade Granola, potong kecil dan hidangkan bersama.
2. Makan bersama overnight oat.
3. Cincang dan curahkan sedikit madu dan taburkan Chia Seeds.
4. Jadikan Apple Pancake dan hidang sekali bersama hirisan epal fresh sama.
5. Jadikan smoothie.
Selain itu, menurut laman web MD, ini tempoh masa anak-anak tidur mengikut usia membesar;
- Umur satu - empat bulan: 16 - 18 jam sehari
- Umur empat - 12 bulan: 12 - 16 jam sehari
- Berumur satu - dua tahun: 11 - 14 jam sehari
- Berumur tiga - lima tahun: 10 - 13 jam sehari
- Berumur enam - 12 tahun: sembilan - 12 jam sehari
- 12 - 18 tahun: lapan - sembilan jam sehari
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Sumber: Facebook Ainini Zainal
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang