Kempen Cintai Pulau Tioman kutip 440kg sampah, tanam semula 120 serpihan karang
PULAU Tioman merupakan antara destinasi percutian yang menjadi pilihan ramai terutama bagi mereka yang gemarkan keindahan alam semula jadi.
Selain pantai dan khazanah flora dan fauna, pulau itu juga pernah menjadi pelabuhan yang sangat sibuk sekitar abad ke-11 masihi sebelum kewujudan Melaka.
Justeru, bagi menggalak dan mengekalkan daya tahan ekologi dan sosial di sana, Yayasan Sime Darby (YSD) bersama-sama rakan kongsi, Reef Check Malaysia (RCM) dan Juara Turtle Project (JTP) menganjurkan Kempen Cintai Pulau Tioman.
Program tersebut bertujuan mengukuhkan lagi tindakan kolektif ke arah pemuliharaan, pemeliharaan dan perlindungan warisan semula jadi pulau tersebut.
Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!
LIBATKAN 31 SUKARELAWAN
Seramai 31 sukarelawan dari Sime Darby Plantation Berhad, Sime Darby Berhad dan Sime Darby Property Berhad di bawah program YSD Eco Citizen terlibat dalam program berkenaan.
Turut hadir Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tioman, Datuk Haji Idros Yahya; Ketua PERHILITAN Negeri Pahang, Wan Mohd Azmi Wan Zainal Abidin dan Ketua Pemuliharaan & Perlindungan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia, Mohamad Anuar Roslan.
Ketua Pegawai Eksekutif YSD, Dr Yatela Zainal Abidin ketika ditemui berkata, sebagai sebuah yayasan yang komited untuk mempromosikan pembangunan mapan, YSD mengiktiraf kepentingan memelihara warisan semula jadi seperti di Pulau Tioman.
View this post on Instagram
"Kami berbangga untuk menyokong RCM, TMCG dan JTP kerana Pulau Tioman sedang ke arah mendapatkan pensijilan dan pengiktirafan pertama di Malaysia dalam Senarai Hijau Kawasan Terlindung dan Dipelihara Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).
"YSD berharap agar lebih ramai pihak akan menyedari kepentingan pulau yang berharga ini dan turut serta bersama kami untuk melindungi Pulau Tioman," ujar beliau.
Tambah Yatela lagi, kempen Cintai Tioman itu merupakan satu langkah penting dalam mewujudkan masa depan yang lebih mapan untuk ekosistem pulau dan komuniti setempat.
Untuk rekod, lebih daripada RM2 juta telah dilaburkan pihak YSD dalam kerja-kerja pemuliharaan Pulau Tioman sejak sedekad yang lalu.
Selain RCM, Tioman Marine Conservation Group telah ditubuhkan dan dianggotai oleh sekumpulan penduduk tempatan yang komited terhadap pemuliharaan marin serta pulau.
Lebih daripada 20 tan metrik barangan kitar semula telah dikumpulkan dan lebih 350 penduduk pulau telah mendapat manfaat daripada program kesedaran alam sekitar.
Selain itu, RCM telah menanam semula 120 serpihan karang dan menggantikan 164 serpihan karang yang hilang atau mati pada blok karang.
PEMBERSIHAN PULAU
Menerusi Kempen Cintai Pulau Tioman, sukarelawan mengambil bahagian dalam pembersihan pulau dan pantai, penanaman karang, pembersihan, penyediaan blok karang dan tong kitar semula.
Antara aktiviti yang dilaksana di bawah program YSD Eco Citizen itu, para sukarelawan berpeluang membina 18 tong kitar semula (recycle bin).
Pada masa sama juga, YSD turut melancarkan YSD Eco Citizen secara rasmi selepas selesai aktiviti pembersihan pantai Monkey Bay.
Menerusi aktiviti tersebut, pihak sukarelawan berjaya mengumpul 440 kilogram sampah.
Sementara itu, Pengurus Program Kanan dan Ahli Biologi Marin RCM, Alvin Chelliah melahirkan ucapan terima kasih atas sumber dan dorongan bagi menyokong usaha pihaknya dalam program berkenaan.
Baca ni 'Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.' Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!
"Dengan sokongan berterusan daripada pihak berkepentingan yang berkaitan, Pulau Tioman boleh menjadi model untuk amalan pelancongan yang mapan dan memelihara warisan semula jadi.
"Pada masa sama, dapat mencipta peluang baharu untuk masyarakat setempat," ujar Alvin yang menggesa semua pihak berkepentingan untuk sama-sama menyertai usaha berkenaan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang