Kreatifnya! Wanita ini kongsi cara DIY tempat gantung medal anak guna bahan terpakai
SIAPA dalam kalangan pembaca SinarPlus yang ada masalah untuk menyimpan medal yang diperoleh anak-anak?
Lazimnya pingat tersebut diperoleh ketika mereka menyertai program- program sekolah.
Apabila terlalu banyak, pasti mak-mak pening kepala nak simpan.
Walaupun ia mungkin tidak terlalu dihargai anak-anak namun besar ertinya bagi seorang ibu.
Memang sayang jika tidak dipamerkan di sudut rumah. Pun begitu, buntu juga bagaimana mahu membuatnya kelihatan cantik.
Seorang wanita menggunakan usernameNorpadilahDiyCrafter berkongsi idea kreatif untuk menyimpan medal yang banyak di rumahnya.
Menerusi perkongsian yang telah menerima 3.8 juta tontonan dan mendapat lebih 150,700 like itu, beliau hanya menggunakan barangan terpakai untuk menguruskan pingat-pingat tersebut.
Baca juga Lelaki ini kongsi DIY pewangi rumah guna dua bahan jer. Bau harum, kos pun murah!
Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediannya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
2 keping papan lidah
2 engsel
Skru
Pelekat
Alphabet stencil
Cat
Pingat
Hook
Baca juga: Wanita ini kongsi DIY sabun basuh baju. Bukan je jimat, pakaian pun wangi & tak bau kepam
Cara penyediaannya:
1. Gosok papan menggunakan mesin sander dan kemaskan dengan coating.
2. Potong papan saiz dua kaki dan cantumkan kedua-dua papan menggunakan engsel kecil di bahagian belakang.
3. Tekap alphabet stensil untuk menulis perkataan ‘medal’ pada papan tadi.
4. Gunakan cat untuk mewarna abjad yang diukir.
5. Buka tali yang menggantungkan medal supaya kelihatan seragam apabila digantung pada papan.
6. Susun medal pada papan mengikut kesesuaian.
7. Pasang hook dan bolehlah mula menggantungkan medal.
8. Papan tersebut boleh digantung pada dinding.
9. Bagi mereka yang mahu display di atas meja, anda boleh pasangkan stand pada bahagian belakang papan tersebut.
Baca juga: Kreatif dan cantik. Wanita ini kongsi DIY hantaran puding laici macam orang dulu-dulu
Nampaknya mudah sahaja mahu menghasilkannya.
Admin rasa ia bukan sahaja sesuai untuk pingat yang diperoleh anak-anak tetapi anda yang suka menyertai larian juga boleh menggunakan cara sama untuk menyimpan medal yang diperoleh.
Selamat mencuba semua.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang