Masuk Darjah Satu, mak ayah pastikan anak boleh buat 11 perkara ini baru mudah

A
A
A

MEMASUKI Darjah Satu pada permulaan anak memasuki pembelajaran di sekolah rendah. Nampaknya sana sini orientasi untuk murid Tahun Satu sesi 2023/2024 sudah pun bermula.

Bukan sahaja anak-anak yang berdebar, mak ayah pun sudah tentu nervous memikirkan keadaan anak pada hari pertama di sekolah nanti.

Daripada alam tadika yang serba serbi disediakan oleh cikgu, kini anak-anak perlu menyesuaikan diri dalam sistem dan persekitaran baru.

Baca juga: [VIDEO] Istimewa kanak-kanak lahir 1 Januari, perlu daftar sekolah setahun lebih awal

Juruterapi pediatrik dan pengasas GymCademy, Siti Aisyah Rozalli

Juruterapi pediatrik dan pengasas GymCademy, Siti Aisyah Rozalli menyarankan ibu bapa melatih si kecil menempuh suasana baru itu agar mudah menyesuaikan diri. Berikut perkongsiannya:

“Tak lama lagi anak-anak kita ada yang nak masuk Darjah Satu. Cuba check kemahiran urus diri di sekolah ni, kita dah ajar anak kita tak?,” katanya.

Siti Aisyah menyarankan ibu bapa mengajar beberapa perkara berikut:

1. Kenal nilai duit simple

Kalau macam sekolah anak saya ni, kebanyakan barang di kantin RM1. Jadi, at least make sure anak kenal RM1.

2. Ajar anak simple transaction jual beli

Bawa anak ke kedai 99 Speedmart atau mana-mana mini market kawasan kita yang cashier penyabar. Bawa anak untuk beli satu atau dua barang seperti roti ke, air kotak ke. Bagi anak duit minta anak bayar sendiri dan tunggu baki. (Make sure time ni bayaran tu ada duit baki supaya anak faham konsep duit baki tu).

3. Latih anak buka seluar separuh masa buang air kecil / buang air besar

Maka, kita akan kurangkan kejadian seluar sekolah berteraburan di pintu tandas sekolah. Latih anak macam mana nak handle seluar dia.

4.Latih anak guna dua jenis tandas

aitu jenis cangkung dan duduk. Kita tak pasti sekolah anak ada tandas cangkung atau duduk. Jadi, latih guna kedua-duanya. Kalau memang rumah kita ada satu jenis tandas je, bawa je anak tu pergi petrol station, R&R atau mana-mana yang ada tandas pelbagai gaya tu. Ambil masa sikit untuk ajar anak guna dua jenis tandas tu.

Baca juga: Comelnya! Dapat Bantuan Awal Persekolahan RM150, reaksi kanak-kanak buat ibu terkejut

5. Latih anak cara cuci selepas buang air dengan seluar tak basah, baju tak lencun

Ini ada lebih kurang sebulan sebelum masuk sekolah Darjah Satu. Make sure latih anak kita cuci diri dengan secermat yang boleh. Kurang-kurang tak basah kuyup macam mandi.

6. Latih anak susun sendiri pencil case

Ajak anak bantu tampal label nama kat pensel, pensel warna, pembaris, pemadam dan ajar anak untuk sentiasa pastikan barang simpan semula.

Boleh dah mana-mana yang jenis bagi anak free play tanpa meja tu sediakan satu meja kecil. Ajak anak mewarna ke, menulis ke, dan latih anak kemas semula alat tulisnya dalam beg selepas guna.

7. Latih anak untuk pakai, buka kasut sekolah dan susun dengan cermat

Kadang-kadang kat sekolah ada waktu yang anak-anak kena buka kasut. Masuk surau atau library. Jadi, latih anak untuk jaga kasut sendiri dan astikan anak kenal kasutnya

8. Latih anak untuk buka dan pakai tali pinggang

Yang ni, penting sesangat tau supaya ada yang anak terkencing kat sekolah sebab tak boleh buka seluar. Kalau anak jenis berani bagi tahu cikgu tak apa. Kalau anak jenis pendiam? Dah susah pula.

Baca juga: Tegur beri anak gajet punca speech delay guru prasekolah mohon maaf, hanya tuju ibu bapa malas

Kredit foto: Bernama

9. Latih anak untuk greet kawan-kawan dan berkenalan dengan kawan-kawan

Kadang, skrip pun kita kena bagi kat anak-anak supaya memudahkan mereka ice-breaking dengan kawan-kawan.

10. Latih anak untuk sentiasa bawa air masak

Contohnya latih anak untuk minum air dari botolnya selang 30 minit. Biasakan masa buat aktiviti kat rumah dan remind anak minum air masak. Ramai anak-anak Darjah Satu ni, dehydrated sebab lupa minum air. Padahal bawa je botol airnya. Ke sekolah botol penuh, balik rumah botol masih penuh.

11. Siap sedia Ramadan

Buka sekolah nanti, kejap lepas tu masuk bulan Ramadan. Ikut kita nak latih anak untuk tahan lapar macam mana. Ada sekolah yang anak-anak muslim tak boleh makan walaupun Darjah Satu.

Kalau saya, saya spesies ikut peraturan saya akan latih anak untuk makan dulu di rumah dan balik sekolah terus ready roti untuk anak makan dalam kereta dulu. Kadang-kadang, ada anak-anak saya yang nak terus puasa sampai petang. Saya bagi je. Ikut diorang. Belum wajib pun kan.

Jadi ibu ayah yang memiliki anak Darjah Satu pada sesi 2023/2024 boleh ambil langkah awal ini di rumah. Siapkan diri dan mental mereka menempuhi fasa baru.

Baca juga: Latih anak berpuasa, ini cara berkesan ajar berperingkat ikut waktu solat

Baca juga: 15 tip luka khatan anak cepat sembuh mak-mak perlu tahu, elak jangkitan kuman

Semoga bermanfaat!

Sumber: Siti Aisyah Rozalli

Kredit foto utama: Sinar Harian, Siti Aisyah Rozalli

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca