Jujur bersuara tegur kelemahan dalam sistem pendidikan, siapa sebenarnya Cikgu Mohd Fadli Salleh?
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
RAMAI mengetahui jujurnya seorang guru yang dikenali dengan nama, Cikgu Mohd Fadli Salleh menyuarakan pandangan dan kebenaran di dalam sistem pendidikan negara. Dek kerana tegurannya yang tular di media sosial, beliau berdepan dengan tindakan tatatertib hingga berkemungkinan diturunkan pangkat dan dibuang kerja.
Beliau dikenakan tindakan itu hanya kerana bercakap jujur dan menyatakan kebenaran mengenai sistem pendidikan negara.
Baca juga: Guru Matematik dedah jadi ketagih, lalai bahana game online. Abai tanggungjawab pada keluarga
Guru ini agak terkilan kerana sepanjang bergelar seorang pendidik, beliau bukanlah seorang guru yang bermasalah di sekolah.
Markah prestasi beliau saban tahun melebihi 90 peratus, bahkan mencecah 98 peratus. Rekod kehadiran beliau ke sekolah setiap tahun pun ‘bersih’.
Baca juga: 'Hak ibu bapa nak pastikan nyawa anak-anak kita selamat'- Perkongsian Cikgu Fadli buat mak ayah
Malah ketika guru ini ditukarkan dari Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 pada 2016, ibu bapa membuat petisyen, kutip tanda tangan, bawa ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya Cikgu Mohd Fadli dikekalkan di sekolah itu.
Melalui perkongsian Cikgu Mohd Fadli dilaman Facebooknya, guru ini mempersoalkan mengapa pihak Kementerian Pendidikan ingin menyingkirkan beliau gara-gara beliau bersikap jujur dan menyatakan kebenaran.
Berikut kronologi teguran yang dibuat oleh Cikgu Mohd Fadli tentang kelemahan sistem pendidikan negara.
1. Isu beg sekolah yang berat. Situasi ini boleh memudharatkan kesihatan murid-murid. Walaupun isu ini sudah lama namun masih belum menemui jalan penyelesaian.
2. Silibus terlalu tinggi dan padat. Silibus ‘syok sendiri.’
3. Bilangan murid yang ramai dalam kelas. Keadaan ini menyukarkan guru-guru untuk memberikan tumpuan kepada murid-murid ketika mengajar di dalam kelas.
4. Subjek yang terlalu banyak. Ini membuatkan murid hilang minat untuk belajar.
5. Masa belajar untuk subjek teras terutamanya Matematik tidak mencukupi.
6. Adanya Little Napoleon dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan rosak.
Baca juga: Sakit mengalahkan Covid-19, pemuda kongsi sekeluarga positif Influenza A
Baca juga: Tular video murid angkut beg berat naik tangga hampir jatuh, ramai mohon selesai segera
Pertuduhan pertama, beliau didapati membuat hantaran di media sosial pada 26 November 2021 berhubung jadual waktu dan mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah.
Pertuduhan kedua, beliau didapati memuat naik hantaran pada 30 November 2021 mengenai subjek yang diajar pada murid Tahun 1 di sekolah rendah.
Pertuduhan ketiga pula, beliau dalam sesi Facebook live mengatakan banyak silibus mengarut diajar di sekolah.
Namun siapakah sebenarnya Cikgu Mohd Fadli Salleh yang nyata cukup berani menyuarakan kelemahan sistem pendidikan Malaysia ini? Sedikit info mengenai beliau:
1.Lantang dan jujur menyuarakan pendapatnya.
2.Sering berkongsi tentang kisah beliau bersama murid-murid di sekolah.
3.Mempunyai lebih 150,000 pengikut di Facebook.
4.Merupakan anak kepada mantan Pengetua Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengetua SMK Hamzah dan Pengetua SMK Tok Janggut.
Diharapkan perjuangan Cikgu Mohd Fadli Salleh dan pihak kementerian menemui titik penyelesaiannya agar masa depan sistem pendidikan negara menjadi yang lebih baik.
Baca juga: Tular video murid angkut beg berat naik tangga hampir jatuh, ramai mohon selesai segera
Sumber: Facebook Cikgu Mohd Fadli Salleh dan Facebook Masjid Mukim Padang Pak Amat Pasir Puteh Kelantan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang