Manis dan jelita seperti dulu, netizen teruja Tengku Fahd kongsi foto Cik Puan Julita Aishah
CIK Puan Muda Pahang, Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff terkenal dengan kecantikannya. Raut wajah lembut dan keibuan menyebabkan baginda sering menjadi sebutan warga maya.
Tidak lokek dengan senyuman, bekas pramugari syarikat penerbangan Singapura itu menjadi perhatian selepas melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah pada tahun 2002.
Lama tidak muncul di laman sosial, perkongsian akaun peminat Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Muadzam Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah foto Cik Puan Muda Julita menerusi Instagram menarik perhatian warganet.
“Happy Birthday Yang Berbahagia Che Puan Muda, Che Puan Julita Aishah. May ALLAH continue to bless you and your family,” titip Instagram tersebut baru-baru ini.
Lima keping foto yang dikongsikan meraih pujian warganet yang rata-rata tertarik dengan penampilan Cik Puan Muda Julita yang kekal cantik.
- “Still pretty after all these years.”
- “Happy birthday, Cik Puan masih jelita seperti dulu.”
- “Cantik sangat Cik Puan.”
- “Lamanya tak nampak , masih cntik macam dulu-dulu.”
- “Happy birthday yang berbahagia Cik Puan Julita,masya-ALLAH jelita sangat. Semoga kekal sihat.”
- “Happy Birthday Cik Puan Muda Cik Puan Julita Aishah, still beautiful as before.”
Baca juga: [15 FOTO] Kemunculan Sultanah Nur Diana Petra sekali lagi jadi tumpuan, diiringi Che Puan Sofie
Istiadat Perkahwinan Di Raja, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman dengan Cik Julita Aishah berlangsung selama enam hari enam malam iaitu pada 23 Julai hingga 28 Julai 2002 di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang