'Me time dengan isteri, reset & tenangkan diri.' Utamakan keluarga, Dr Say pilih keluar dari zon selesa
PASANGAN doktor selebriti, Dr Say Shazril dan isteri, Dr Azura baru-baru ini mengumumkan bakal menimang cahaya mata ketiga.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman Instagram milik personaliti lelaki tersebut.
Sekadar makluman, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2014.
Baca ni Dr Say Shazril umum isteri hamil anak ketiga, ramai titip doa buat baby & ibu
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Beliau yang ditemui SinarPlus pada majlis pelancaran rangkaian penjagaan kulit NIVEA Extra Bright C&HYA di ibu kota baru-baru ini melahirkan keterujaan dan tidak sabar menanti ahli baharu dalam keluarganya.
"Kami sangat gembira dan pada masa sama gementar sebab sebelum ini kami suami isteri hanya menjaga dua orang sahaja, tidak lama lagi bertambah lagi seorang.
"Terfikir juga nanti akan situasi ketika nak uruskan mereka bertiga, namun inilah namanya cabaran dan kami memang menantikannya," ungkap Dr Say dengan penuh bersemangat.
Kongsi pemilik nama sebenar Muhammad Shazril Shaharuddin itu lagi, biarpun mempunyai pembantu di rumah, mereka sebenarnya lebih suka menguruskan anak-anak sendiri.
Dedah beliau lagi, menghabiskan masa bersama adalah satu rahsia memaknakan ikatan kasih sayang sekeluarga.
"Apabila kita (ibu bapa) rapat dengan anak-anak, secara tidak langsung kita boleh rasa keakraban tersebut. Memang dari awal lagi kami punya pembantu rumah, namun soal anak kami tak lepas tangan.
"Apabila berkaitan mereka (anak-anak), kami selesa untuk lakukan sendiri, sebaliknya pembantu hanya uruskan hal-hal lain seperti kemas rumah, memasak dan sebagainya," ungkap Dr Say.
Empunya diri turut mendedahkan isterinya dijangka bersalin pada 25 Januari tahun hadapan.
Baca lagi Diasak suruh isteri belajar masak, Dr Say dedah cara lain tambah rasa sayang
"Kami memang berniat untuk menimang cahaya mata lagi. Lagipun, isteri sekarang menguruskan bisnes sendiri, jadi banyak masa banyak terluang. Justeru, kami fikir sekarang inilah masa yang sesuai," ujarnya.
ME TIME BERSAMA ISTERI
Biarpun sibuk dengan urusan anak-anak dan bisnes, namun influencer popular itu tetap mencuri masa untuk berdua-duaan bersama isterinya.
"Walaupun sibuk dengan anak-anak, namun suami isteri juga kena ada 'me time' berdua. Justeru, kami akan keluar makan berdua atau jalan-jalan. Ketika inilah perlunya pembantu rumah untuk temani anak-anak sepanjang ketiadaan kami.
"Pada saya, suami isteri kena ada masa bersama. Reset untuk tenangkan diri, lebih bertenaga dan bahagia untuk berhadapan dengan anak-anak. Apabila kita penat, kita mudah marah. Itu yang menyebabkan kita tersalah cakap, tersalah buat dan sebagainya," ujar beliau lagi.
Pun begitu, kata Dr Say, sebelum membahagiakan orang lain, seseorang perlu bahagiakan diri sendiri terlebih dahulu.
"Nak bahagia, kena utamakan diri terlebih dahulu. Apabila kita gembira, maka orang sekeliling pun akan turut merasai kebahagiaan tersebut," ungkapnya.
Mengulas lanjut mengenai persepsi segelintir pihak kononnya kehidupan influencer sepertinya sudah berjaya dan tiada masalah untuk fokus kepada anak-anak berbanding orang biasa di luar sana, ini jawapan Dr Say:
"Tidak dinafikan, zaman sekarang ini semua perlukan duit dan bukan semua orang bernasib baik dalam semua hal. Ada yang terpaksa bertungkus-lumus demi kelangsungan hidup keluarga.
"Pun begitu, dalam hidup ini, kita kena seimbang baik dalam hal kewangan dan masa bersama keluarga. Memang saya faham, ada yang terpaksa kerja 8 pagi hingga 5 petang, tetapi kalau ada peluang bekerja sendiri usah biarkan, ambil peluang tersebut," ungkapnya.
NIAT UNTUK ANAK-ANAK
Akui Dr Say lagi, bukan semua selebriti terus berjaya.
Kebanyakannya bermula dari bawah, termasuklah dirinya.
Malah, salah satu sebab mereka suami isteri memilih untuk bekerja sendiri adalah kerana mahu mencapai kebebasan dari aspek kewangan dan masa.
"Mungkin orang nampak seperti kami (suami isteri) banyak masa dan relaks. Sebenarnya mereka tidak tahu kami pun bermula daripada zero. Kami mahu keluar dari zon selesa. Justeru, kami fikir buat bisnes sendiri adalah kaedah terbaik.
"Jika masih bekerja makan gaji, pasti kami tak akan dapat capai apa yang diperoleh sekarang. Namun, yang lebih penting, kalau kita niatkan untuk anak-anak, maka ALLAH akan permudahkan segalanya," ujar Dr Say sebelum mengakhiri perbualan bersama penulis.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang