Dr Say Shazril umum isteri hamil anak ketiga, ramai titip doa buat baby & ibu

UMUM maklum, doktor selebriti dan influencer, Dr Say Shazril dan isteri, Dr Azura Abas dikurniakan dua orang zuriat lelaki selepas bertahun mereka berusaha untuk memiliki zuriat sendiri.

Terbaru, Dr Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin memberitahu bahawa isterinya sedang hamil anak ketiga. Tahniah!

“Lama saya simpan berita ni atas sebab empunya badan tak beri green light tapi memandangkan kandungan bini dah cecah 12 minggu dan kami dah buat our 1st scan, saya tanya balik kepada empunya badan “boleh dah ke i nak bagitau dunia?” dan instead of beliau kata “jangan la dulu ubby, tak konfem lagi”, kali ni beliau kata “sekarang ke?” which dalam erti kata lain boleh,” kongsinya.

Menurut Dr Say, dia dan isteri berasa sangat teruja untuk menyambut kelahiran yang ketiga ini.

Ujar Dr Say, isterinya dijangka bersalin pada 25 Januari tahun hadapan. Dia sememangnya mahu tiga orang anak oleh kerana dia mempunyai tiga orang adik-beradik.

Baca juga ‘Nak kata malu, sikit pun tidak’. Dr Say sayu anak sulung autisme kini miliki kad OKU, berikut 25 kelebihannya mak-mak perlu tahu

 

“Cuma kisahnya lepas our 1st scan 5 hari lepas, terduduk saya dibuatnya bila balik daripada scan tu. Sebab walaupun selama ni saya mengidamkan tiga orang anak sebab saya ada tiga adik beradik.

“Tapi bila saya fikir balik “macam mana aku nak jaga tiga orang anak tu nanti?” buat saya risau. Kalau dua at least saya handle satu, bini handle satu. Later ada sorang lagi, siapa nak jaga?

Baca juga “Terduduk dibuatnya, buah pinggang rosak tahap 2, air kencing berdarah”- Dr Say nasihat buat pemeriksaan

Iklan

“Saya tahu rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak tiga dan ke atas akan jawab “it will come naturally” atau “anak pertama akan tolong” atau “you will be ready when the time comes”, the thought of it buat saya sedikit gugup. Tapi tak apalah ada enam bulan lagi untuk saya bersiap-siaga di samping menikmati setiap saat bersama dua anak lelaki saya.

Dalam pada itu, Dr Say berharap warga maya dapat mendoakan kesejahteraan kandungan isterinya. Ujarnya, dia akan memberitahu mengenai jantina bayi pada tahun hadapan.

Menjengah ruangan komen, ramai menitipkan ucapan doa dan tahniah buatnya dan isteri. Ada juga antaranya berkongsi pengalaman ketabahan menjaga baby ketika anak lain masih kecil.

Baca juga Diasak suruh isteri belajar masak, Dr Say dedah cara lain tambah rasa sayang

Iklan

Sumber: Dr Say

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!