'Mommy bangga abang.' Zayn Rayyan terima anugerah peningkatan terbaik dalam kelas, ibu edit gambar graduasi undang sebak!

A
A
A

PEMERGIAN kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin bin Zaim Ikhwan, 6, masih berbekas di hati warga maya. Biarpun si kecil itu sudah tiada lagi, ibunya Ismanira Abdul Manaf, 28, berkongsi menghadiri majlis graduasi yang dianjurkan pihak sekolah dan meluahkan rasa bangga dengan pencapaian arwah.

"Tahniah! Selamat bergraduasi Zayn Rayyan. Mommy bangga dengan setiap pencapaian abang.

"Tidak kira besar atau sekecil mana pun pencapaian abang, mommy tetap bangga." luahnya.

Baca juga: ‘Dia ‘pergi’ dengan baju kesukaannya.’ Terima kunjungan Ebit Lew, Ibu Zayn Rayyan mahu pembunuh ditemui & dihukum

Baca juga: ‘Anak saya tidak boleh bercakap, hubungi jika nampak’. Lengkap uniform sekolah, kanak-kanak autisme 6 tahun hilang

Baca juga: Hilang lebih 24 jam, anak autisme Zayn Rayyan ditemui tak bernyawa, bapa pengsan terima hakikat, ini kronologi menyentuh hati

Baca juga: Siapa tak sayang anak! Berhenti salahkan ibu bapa Zayn Rayyan, yang ada anak syurga akan memahami – Super Daddy

Memuat naik foto graduasi lama arwah yang disunting bersama jambangan coklat, Ismanira menerusi laman sosial Facebook menitipkan penghargaan buat pihak sekolah.

"Terima kasih kepada warga Sekolah Kebangsaan Damansara Damai (2) atas jemputan ke majlis konvokesyen semalam. Ia akan menjadi kenangan yang indah buat kami sekeluarga.

"Mommy tidak dapat bergambar bersama dengan abang macam ibu bapa lain, mommy dapat edit macam ni sahaja," kongsi Ismanira.

Warga maya menzahirkan ucapan tahniah dan mendoakan agar keluarga itu tabah.

- "Tahniah mommy sebab jadi mommy yang hebat. Tahniah arwah Zayn Rayyan, semoga tunggu mommy di syurga ya sayang."

- "Alhamdulillah, tahniah Zayn sayang. Cantik gambar mummy dan Zayn. Al-Fatihah anak syurga."

- "Tahniah Zayn, semoga bertemu semula mommy di sana. Awak anak yang hebat. Al-Fatihah."

- "Alhamdulillah. Syukur ya ALLAH, tahniah Zayn dan mommy, al-Fatihah."

Baca juga: ‘Dia tak pernah kacau orang’. Pengasuh pilu Zayn Rayyan sudah tiada, berikut kronologi 32 jam meruntun hati

Baca juga: Voice note ibu Zayn Rayyan tular, kongsi momen terakhir sebelum hilang. ’10 minit bermain enggan pulang, pusing belakang dia tak ada’

Baca juga: Mayat Zayn Rayyan diletak ketika hujan lebat, disyaki hanya seorang pelaku, petunjuk suspek semakin jelas

 

Terdahulu, Zayn Rayyan dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan apartmen.

Kehilangannya selama 32 jam berakhir pilu. Anak istimewa itu kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran anak sungai kira-kira 200 meter dari kediaman pada 6 Disember lalu.

Polis mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat dibunuh susulan pergelutan dengan pembunuhnya. Hasil siasatan forensik juga mendapati Zayn telah meninggal dunia di tempat lain 48 jam sebelum ditemui di lokasi tersebut.

Kematian tragis anak kecil ini belum terungkai.

Baca juga: Genap sebulan pemergian Zayn Rayyan ibu titip rindu. ‘Semua tempat ada kenangan & momen indah’

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca