#SiBibirMerah: Kesetiaan isteri dorong kejayaan suami, 3 wanita berdiri teguh di belakang pemimpin hebat

A
A
A

SEDAR atau tidak kejayaan seorang lelaki itu pasti di belakangnya ada sokongan kuat iaitu daripada isterinya. Insan paling rapat dengan seorang lelaki bergelar suami inilah yang tahu serba-serbi, luar dan dalam, segala kelebihan dan kekurangan ada di genggaman.

Seorang isteri yang setia adalah pasangan yang tidak berpaling kepada orang lain ketika suaminya jatuh namun tetap menemani suami untuk bangkit kembali dan menjaga amanah antara satu sama lain.

Salah satu figura wanita hebat yang dianggap cukup setia memberi sokongan kepada suaminya ialah Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail. Dapat dilihat d bagaimana doktor pakar mata ini memberikan sokongan tanpa jemu buat suami tercinta.

Baca juga: 'Alhamdulillah.'-Lambang kesetiaan seorang isteri, hantaran Instagram Dr Wan Azizah undang sebak warga maya

Ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan ditahan selama sembilan tahun, beliau tidak pernah lelah mempertahankan  sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat) pada 4 April 1999. Dalam perjuangan yang panjang, pelbagai onak dan halangan dilalui.

Pernah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia, keteguhan hati, kesabaran dan segala air mata Datin Seri Dr Wan Azizah yang tumpah selama ini akhirnya ‘berbayar’ apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya dilantik memegang pucuk pimpinan negara.

Baca juga: Wanita Mat Salleh tular, ‘lebih Melayu’ daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Baca juga: Bijak, pandai bawa diri, Nori Abdullah tulang belakang KJ, 8 fakta mengenai wanita hebat ini

Pelantikan itu sekali gus menoktahkan penantian selama 24 tahun Pengerusi Pakatan Harapan  itu untuk bergelar Perdana Menteri.

Ketika upacara mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara, riak wajah Datin Seri Dr Wan Azizah yang kelihatan sebak, terharu dan pada masa sama gembira dengan perjuangan suaminya menjadi perhatian warga maya. Demikian murni dan sucinya kasih sayang seorang isteri yang mungkin tidak terungkapkan.

Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga antara wanita yang sentiasa setia bersama sang suami dalam apa jua keadaan.

Baca juga: 'Thank you Ni, sebab sentiasa ada di sisi Sabri'

Dalam satu perkongsian di Facebook Pengerusi Perikatan Nasional,Tan Sri Muhyiddin pernah berkongsi antara sumber kekuatannya adalah isteri dan berkongsi sekeping gambar menunjukkan beliau sedang memeluk Puan Sri Noorainee.

“Di saat memeluk isteri saya ini saya bukan sahaja merasa tenang hati, lapang dada, reda takdir Ilahi. Jujur saya katakan, antara sumber kekuatan saya adalah isteri saya.

“Bagi saya, sehebat mana pun seorang lelaki itu, tetap akan ada saat dia memerlukan kasih sayang isteri yang sentiasa berada di sisi. Episod jatuh bangun saya dalam politik dan kepayahan berjuang melawan kanser mengajar saya erti kesetiaan dan pengorbanan seorang wanita istimewa bergelar isteri,” tulisnya.

Ternyata selain dokongan daripada penyokong-penyokong, semangat daripada pasangan juga menjadi penguat semangat agar obor perjuangan tetap terus menyala. Sesungguhnya isteri yang baik tidak pernah berpaling tika suami berada dalam kesusahan.

Baca juga: Video romantik Tun M dengan Tun Siti Hasmah cecah 1.2 juta tontonan dalam masa sehari

Seorang lagi contoh tokoh wanita yang sanggup susah senang bersama suaminya ialah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Wanita itulah yang tidak pernah jemu menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad ketika  menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri keempat dan ketujuh.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali adalah dua insan  yang sentiasa bersama, berkongsi saat suka duka sehingga saat ini hingga menjadi inspirasi.

Selama 66 tahun berkongsi hidup, Tun Dr Siti Hasmah tidak pernah lekang dari sisi suaminya di mana sahaja beliau diperlukan.

Baca juga: Ini kuarters Tun M masa mula-mula jadi doktor tahun 1956

Kesetiaan adalah nilai yang amat penting dalam sesebuah rumah tangga. Bertuahlah seorang lelaki andai memiliki isteri yang sanggup berkorban dan bersusah payah hingga mengecap kejayaan dalam apa jua perkara yang diperjuangkan. Moga semangat ketiga-tiga tokoh ini menjadi inspirasi wanita muda.

SiBibirMerah: Wanita yang hebat tidak hanya setia kepada pasangan, tetapi bijak memainkan peranan dan tidak lupa membawa resmi padi, makin berisi makin tunduk.

Sumber: Tan Sri Muhyiddin Yassin 1, 2 , Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca