“Teringin sangat nak tengok”- Warganet sebak, lelaki OKU minta ‘edit’ badan sempurna macam orang normal

A
A
A

“TERINGIN sangat nak tengok badan sempurna macam orang normal.” Demikian ungkapan dikongsi pengguna Facebook, Faiz Noor menerusi grup Facebook Grup Edit Apa Hari Ini yang meminta akan grup yang lain menyunting gambar asal agar beliau tampil seperti individu normal.

Faiz yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) berkongsi foto beliau bersama isteri dan dua orang anak memakai sepersalinan busana kuning.

Baca juga: Postur badan ketika tidur pun penting untuk tulang, elak terkena skoliosis

Bagaimanapun komen daripada warganet menyentuh hati. Paling menarik perhatian ialah komen daripada pendakwah, Ustaz Azhar Idrus.

“Alhamdulillah saya lihat awak sudah sempurna..tidak perlu edit lagi.”- ustaz azhar idrus

Kredit foto: Sinar Harian

Grup Edit Apa Hari Ini yang mempunyai hampir 200,000 ahli yang saling menghormati, ‘sporting’ membantu menyunting foto rakan-rakan dan dalam masa sama menyerlahkan kreativiti masing-masing.

Menerusi tinjauan SinarPlus, ada dalam kalangan ahli grup berkenaan meminta bantuan rakan-rakan lain menyunting latar belakang, menaikkan seri gambar yang gelap dan membaik pulih foto rosak atau kabur.

Susulan perkongsian Faiz, terdapat beberapa ahli yang tampil menunaikan permintaan Faiz Noor dengan berkongsi foto-foto yang telah disunting.

Warga maya meluahkan sebak dan tersentuh serta mendoakan kesihatan dan kesejahteraan lelaki itu.

Baca juga: Kenali penyakit skoliosis yang dideritai penyanyi Zamani Slam. Ini fakta yang perlu kita tahu

Tidak ada istilah cacat. Semua ciptaan ALLAH menakjubkan dan manusia adalah makhluk ciptaan-NYA yang paling sempurna. Semoga lelaki ini dikurniakan kesihatan baik yang berterusan.

Sumber: Facebook Grup Edit Apa Hari Ini

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca