'Teruskan belajar, jaga adab.' Khairul Aming rangkul Anugerah ‘Creator of The Year’ 2023, ucapan kemenangan buat ramai tersentuh hati!
'Teruskan belajar, jaga adab.' Khairul Aming rangkul Anugerah ‘Creator of The Year’ 2023, ucapan kemenangan buat ramai tersentuh hati!
ANUGERAH TikTok Malaysia 2023 melabuhkan tirainya malam tadi.
Bersiaran secara langsung dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur, majlis pada malam semalam menyaksikan Khairul Aming dinobatkan Anugerah Creator of The Year 2023.
Seperti yang dijangka, anugerah tersebut bakal diraih oleh pempengaruh media sosial terkenal dalam dunia masakan itu.
Pada 23 Ogos lalu, Khairul Aming telah menerima 1.3 juta undian sekali gus mendahului finalis bagi kategori People's Choice: Creator Of The Year.
Menurut pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, kemenangan malam tersebut bukanlah diperoleh dengan mudah. Sebaliknya, ia memakan masa yang lama untuk menghasilkan kandungan yang betul-betul kreatif.
"Ini merupakan anugerah pertama yang saya dapat selepas lapan tahun membuat digital content.
"Ia juga bukti sokongan anda kepada saya selama ini," ungkap pemuda berusia 31 tahun itu.
@sinarplus Hey what's up guy! Tahniah Pempengaruh @Khairulaming kerana berjaya merangkul anugerah Creator of The Year 2023 di Tiktok Awards Malaysia!! ? #TikTokAwardsMY#TikTokAwardsMYxTV3♬ original sound - SinarPlus
IDOLA ANAK MUDA
Penganugerahan tersebut juga membuktikan dirinya benar-benar layak mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia, sekali gus menjadi idola anak muda.
Malah, ucapan beliau usai kemenangan tersebut turut meraih perhatian. Sana sini khalayak mengulasnya.
Baca lagi TikTok Awards People’s Choice senaraikan finalis bertuah, berikut 42 content creator hebat terpilih
“Kepada anak-anak muda di luar sana yang ingin menjadi content creator, teruskan pembelajaran kerana membuat kandungan media sosial bukan sekadar untuk viral.
“Untuk relevan lama dalam industri, awak perlu banyak pengetahuan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan adab. Jadi habiskan pembelajaran, dan jadilah pelapis content creator yang bagus, yang boleh majukan negara kita, Malaysia,” ujar anak kelahiran Kelantan itu lagi.
Dua lagenda tanah air, Datuk Yusof Haslam dan Ziana Zain ditugaskan untuk menyampaikan anugerah kepada Kahirul Aming.
Acara yang merupakan julung-julung kali diadakan itu merupakan anjuran platform media sosial, TikTok bertujuan memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan luar biasa yang merangkumi pelbagai latar belakang dan bidang.
Majlis tersebut disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3 pada pukul 9 malam manakala di akaun TikTok Malaysia bermula jam 8 malam.
Baca lagi TikTok Awards People’s Choice iktiraf pencipta kandungan, kuasa besar pada skrin kecil
Baca lagi Khairul Aming bujang tapi belum bersedia, tak kisah bakal isteri tak pandai masak
Berikut senarai para pemenang bagi kategori People’ Choice dan Judge’s Pick yang dipertandingkan:
Kategori Pilihan Popular:
Creator of The Year: Khairul Aming (@khairulaming)
Rising Star of The Year: Ikhmal (@ikhmaln0ur)
Popular Creator of The Year: Ryan Fahmi Bakery (@ryanbakery
Popular Animation Account of The Year: Upin & Ipin (@upinipin.official)
Celebrity Of The Year: Aeril Zafrel (@aerilzafrel8)
Live Creator of The Year: Tiger Labu (@tigerlabu)
Tiktok Shop Creator of The Year: Anas Zahrin (@anaszahrin)
Pilihan Juri:
Best of Beauty & Fashion: Shahira Azlan (@shahirazlan)
Best of Education: Sir Asai (@sir_asai)
Best of Entertainment: Eiqa Maleq (@eiqamaleq)
Best of Foodie: Syafira Jamil (@syafirajamill)
Best of Gaming: Sultan Riq (@sultan_riq)
Best of Sports: Kkhalish (@kkhalishh)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang