[VIDEO] Kanak-kanak belikan selipar untuk lelaki tua, warganet bangga hasil didikan ibu bapa
BARU-baru ini tular satu rakaman memaparkan tindakan seorang kanak-kanak membelikan selipar untuk seorang warga emas yang duduk di hadapan sebuah kedai serbaneka.
Pada awal rakaman, kanak-kanak itu datang bersama tiga kanak-kanak yang lain mula menghampiri lelaki tua berkenaan.
Tidak menyangka, salah seorang daripada kanak-kanak itu, kembali menghampiri lelaki tua berkenaan dengan membawa sepasang selipar.
Inilah dikatakan akhlak yang mulia. Akhlak bukan boleh dibeli, tetapi dibentuk. tahniah buat ayah ibu anak ini. pic.twitter.com/IsM3209YmB
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) ?ref_src=twsrc%5Etfw">May 5, 2022
Video berdurasi 1 minit 18 saat itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan masuk dan keluar kedai sebanyak tiga kali semata-mata untuk lelaki tua mencuba selipar yang sesuai dengan kakinya.
Rata-rata warganet berbangga dengan tindakan kanak-kanak itu.
Bukan itu sahaja, ada juga yang berbangga dengan ibu bapa kanak-kanak itu kerana mereka berjaya mendidik dan membesarkan anak-anak dengan baik.
Bagaimanapun, tinjauan SinarPlus mendapati video yang dimuat naik ke dalam laman sosial TikTok itu telah dipadam.
Namun, warga maya sempat memuat turun rakaman berkenaan sebelum dimuat naik semula di pelbagai platform media sosial.
Baca juga: Lelaki ini hanya menikmati pemandangan namun disangka ingin bunuh diri
Terdapat lapan cara mendidik anak berlandaskan ajaran Islam. Berikut kaedah yang perlu dilakukan ibu bapa:
1. Mendoakan anak
Mendoakan kebaikan dan kesejahteraan anak-anak merupakan satu teladan yang perlu diikuti kerana ini merupakan lambang bahawa kasih sayang itu bukan hanya ditonjolkan melalui perbuatan bahkan boleh diluahkan melalui doa.
2. Memperdengarkan alunan ayat suci al-Quran
Sewaktu hamil mahupun selepas bersalin, amat digalakkan untuk ibu bapa memasang ayat suci al-Quran untuk si kecil. Hal itu kerana, anak-anak akan terbiasa dengan alunan ayat-ayat suci dan akan membuatkan mereka mudah untuk menerima.
3. Mempertontonkan amal ibadah kepada anak-anak
Anak-anak amat mudah dibentuk sewaktu kecil lagi maka, dedahkan mereka dengan cara-cara mengambil wuduk, bersolat supaya mereka ikut apa yang sedang dikerjakan oleh ibu bapa.
4. Memberi nama dengan makna yang baik
Memberi nama panggilan dengan makna yang baik juga merupakan salah satu cara mendidik di dalam Islam. Disebalik nama si anak, ia merupakan satu doa orang tua untuk anak-anak.
5. Membacakan kisah-kisah nabi
Memberi pendedahan kepada anak-anak tentang kisah-kisah nabi akan mengajar mereka tentang keperibadian para nabi yang boleh dicontohi.
6. Membiasakan ucapan salam
Mengajar anak dengan memberi salam kepada orang yang dijumpai merupakan satu tindakan yang baik dan sopan santun.
7. Menyatukan ibu dan anak
Sentiasa memastikan bahawa kasih sayang antara ibu dan anak sentiasa terjalin dan ini ada disebut di dalam sebuah Hadis Riwayat Tirmidzi:
“Barang siapa yang memisahkan antara ibu dengan anaknya, niscaya ALLAH akan memisahkan orang itu dengan para kekasihnya pada hari kiamat kelak.”
8. Membiasakan bersikap bersederhana
Bersikap sederhana merupakan satu teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Melalui sikap sederhana ini akan melahirkan satu sifat rendah diri, tidak angkuh dan sombong.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Islampos
Baca juga: Ular dalam motosikal, lelaki ini ikut penunggang motosikal balik ke rumah
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang