Air Canada tempah 30 pesawat komersial berkuasa elektrik, muatkan 30 penumpang, mampu terbang sejauh 800km
AIR Canada baru-baru ini mengumumkan bakal memperkenalkan pesawat komersial berkuasa elektrik kepada pelanggannya menjelang tahun 2028.
Lapor Business Insider, syarikat penerbangan itu sudah menempah sekurang-kurangnya 30 pesawat elektrik ES-30 Heart Aerospace seiring usaha memperkasakan tenaga hijau.
Menarik tentang kapal terbang tersebut, jentera modennya mampu bergerak sejauh 200 kilometer (km) dan boleh memuatkan 30 penumpang.
Jarak penerbangan boleh dipanjangkan hingga 400km dengan bantuan bateri tambahan dan boleh mencapai perjalanan maksimum 800km jika kapasiti penumpang dikurangkan kepada 25 orang.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Air Canada, Michael Rousseau berkata, pihaknya mengambil pendekatan proaktif untuk memperkenalkan pesawat elektrik untuk jangka masa panjang.
"Demi menangani perubahan iklim, pengenalan ES-30 Heart Aerospace sebagai satu langkah drastik untuk menjayakan misi pelepasan sifar karbon menjelang tahun 2050.
"Kami juga berusaha untuk membangunkan bahan api mampan dan sistem penangkapan karbon untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida," katanya memetik portal tersebut.
Baca juga 3 jam bertarung nyawa, lelaki menyorok pada tayar kapal terbang untuk ke Amerika Syarikat
Untuk rekod, Air Canada yang mengendalikan empat penerbangan dari San Francisco ke pangkalan di Toronto, Vancouver, Calgary dan Montreal itu turut menggunakan sistem bahan api mampan sejak April lalu.
Label tersebut juga merupakan syarikat penerbangan Amerika Utara kedua yang mengesahkan tempahan untuk pesawat elektrik Heart Aerospace selepas United Airlines.
Pada Julai 2021, United Airlines bersama rakan kongsi serantaunya, Mesa Airlines mengumumkan pembelian pesawat elektrik versi 19 tempat duduk, 200 ES-19.
Servis penerbangan tersebut dijangka akan dimulakan pada tahun 2026. Nampaknya, awal dua tahun berbanding debut Air Canada.
Zaman yang semakin maju dan bergerak pantas kini mendorong pemain industri penerbangan dunia melangkah lebih berani dengan memperkenalkan kapal terbang elektrik.
Baca juga Berdesup 19,000 km/j, China cipta pesawat hipersonik paling laju di dunia
Sudah tentunya inisiatif berkenaan disambut baik semua pihak, namun tertanya-tanya juga adakah kos harga tiket akan meningkat?
Tidak dapat dipastikan lagi jawapannnya dan sama-sama kita nantikan kemunculan pesawat elektrik tersebut.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang