Lelaki ini kongsi tip pindah rumah, elak angkut barang lama jika nak rumah baharu kemas & teratur
Lelaki ini kongsi tip pindah rumah, elak angkut barang lama jika nak rumah baharu kemas & teratur
PERKARA pertama yang menghantui kita apabila berpindah rumah adalah mendekorasi kediaman dan menyusun barang.
Memang pening kepala dibuatnya, lebih-lebih lagi apabila melihat segala barangan yang bersusun di dalam kotak.
Nak tentukan tema atau konsep kediaman tak mudah.
Baca ni Warunk Koffie by Wood & Steel tempat lepak minum kopi paling best di Shah Alam. Harga pun berpatutan
Bukan apa, nak suai padankan dengan barang yang ada dan mungkin baru nak dibeli bukan senang ye.
Keadaan itulah yang menyebabkan kediaman kita nampak serabut dan ruang menjadi lebih sempit.
Justeru, SinarPlus nak kongsikan tip yang dimuat naik Muhammad Arif tentang kaedah paling senang untuk membuatkan ruang yang terhad nampak lebih luas dan teratur susunannya.
Baca lagi 'Mop legend' tetap pilihan. Gelagat Feeya Iskandar kemas rumah sebelum keluar 'me time' raih pujian
"Kita sedia maklum rumah kondo dan pangsapuri yang kebiasaannya akan mengalami masalah ruang terhad. Jadi, kita kena bijak menggunakan ruang yang ada. Sebagai contohnya, gunakan rak kasut tertutup untuk menyimpan kasut dan juga mini store.
"Pada masa sama, anda juga boleh menggunakan meja boleh laras kepanjangannya. Lebih-lebih lagi bagi anda yang selalu menerima tetamu. Selain itu, pilih katil yang boleh transform daripada katil single kepada queen dan sebagainya," ujar pengguna media sosial itu.
Beliau turut berkongsi satu kajian yang mendapati, 60 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah tidak cukup tempat menyimpan barang disebabkan rasa sayang nak buang barang lama.
Berikut beberapa tip bagi memastikan kediaman sentiasa kemas:
- Kurangkan atau elak membawa bersama barang dari rumah lama ke rumah baharu jika tidak penting.
- Sebaiknya, beri atau jual kepada orang lain dan jika barang itu sudah lama, buangkan sahaja.
-Sediakan ruangan storan tertutup seperti kabinet berpintu supaya anda boleh 'sorokkan' pelbagai barang di dalamnya.
- Bagi peralatan di dapur seperti bahan dan keperluan memasak seperti sudip, botol kicap, sos, anda boleh simpan atau masukkan ke dalam bekas simpanan didalam kabinet setelah selesai memasak.
- Jika anda mempunyai anak kecil, tiada istilah rumah cantik dan tersusun kemas. Sebaiknya, biarkan sahaja mereka bermain, selepas selesai barulah anda kemas.
Moga bermanfaat!
Nota kaki: SinarPlus setuju tip yang dikongsikan ini. Lebih-lebih lagi bab menyimpan barang lama kerana sayang tu. Admin pun antara salah seorang daripada 60 peratus tersebut. Nampaknya, lepas ni kena buang mana yang patut!
Sumber: Facebook Muhammad Arif
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
View this post on Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang