MEDIA sosial memperlihatkan ramai wanita mempunyai kemahiran bersolek. 

Ada di antara mereka yang menyambung bulu mata agar kelihatan lebih menawan.

Ia seolah-olah menjadi satu ikutan buat golongan ini dan terdapat banyak pusat kecantikan yang menawarkan perkhidmatan memanjangkan bulu mata.  

Namun, adakah mereka ketahui hukum memanjangkan bulu mata di dalam Islam?

Menurut Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hukum menyambung bulu mata adalah haram

Terdapat beberapa sudut yang perlu diteliti berkaitan pemakaian bulu mata palsu antaranya: 

Kesucian

Sekiranya seseorang wanita itu menyambung bulu mata dengan bahan yang diperbuat daripada bulu bernajis maka hukumnya haram. 

Jelas ia menjadi haram kerana wanita itu sengaja membiarkan dirinya terdedah kepada najis. 

Seterusnya, jika proses penyambungan bulu mata itu menggunakan gam yang berfungsi untuk melekatkan bulu maka hukumnya juga haram. 

Gam yang digunakan itu menghalang air wuduk sampai ke kulit.

Maka taraf wuduknya tidak sah dan menyebabkan solatnya juga tidak sah. 

Baca juga: Hukum ‘Prank’ Dalam Islam, Boleh Jatuh Haram Jika Menipu, Menakut-Nakutkan, Membuka Aib

Qias dengan larangan menyambung rambut

Bulu-bulu yang tumbuh ditubuh badan merupakan satu kurniaan oleh ALLAH.

Maka haram hukumnya jika seseorang itu menambah bulu-bulu yang sedia ada.

Tanpa disedari tindakan ini seumpama tidak bersyukur dengan ciptaan ALLAH. 

Justeru, ALLAH melaknat perbuatan seseorang yang mengubah ciptaanNya. 

Kesihatan

Melalui sudut kesihatan ia juga menjadi haram sekiranya seorang wanita menggunakan bulu yang boleh memudaratkan kesihatan. 

 

Iklan

Kecantikan

Jika wanita menggunakan bulu yang diperbuat daripada rambut manusia, haiwan atau bulu sintetik (bulu yang dihasilkan dari campuran bahan kimia) maka hukumnya haram.

Ia juga haram bagi seorang isteri yang tidak mendapat keizinan suaminya untuk memakai buku mata palsu ini. 

Melalui sudut kecantikan ia menjadi haram kerana perbuatan menambah bulu dikira sebagai satu penipuan dan jelas ia mengubah ciptaan ALLAH.

Namun, dua golongan yang dibolehkan pakai bulu mata palsu, ini yang perlu diketahui:  

  • Wanita yang memperoleh keizinan suami untuk berhias untuk ditonton oleh dirinya dan ia dibolehkan selagi tidak memakai bulu yang dilarang serta bulu yang tidak menghalang air sampai ke kulit. 
  • Seseorang yang ditimpa kemalangan atau sakit sehingga menyebabkan bulu matanya rosak dan ia dibolehkan selagi tidak memakai bulu yang dilarang serta bulu yang tidak menghalang air untuk bersuci.

Benar, sudah fitrah wanita itu sukakan kecantikan tetapi jadilah wanita yang cantik dengan pemikiran yang boleh membezakan hukum halal dan haram di sisi agama. 

Iklan

Islam juga tidak melarang umatnya untuk menghiasi diri tetapi tidaklah sehingga mengubah ciptaan ALLAH. 

Semoga bermanfaat!

Sumber: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Baca juga: Apakah Sebenarnya Hukum Wanita Mewarnakan Kuku Menurut Islam?

Baca juga: Risau Warna Bibir Gelap, Berikut Langkah Boleh Diambil Bagi Mengatasi

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI