Nak anak bakal lahir cantik dan bijak, betul ke ibu kena baca surah tertentu?

Anak bakal lahit
April 29, 2020
Oleh Nurulfatiha

ORANG kata, kalau wanita mengandung baca Surah Yusuf, anak yang bakal dilahirkan nanti kacak dan cantik.

Kalau nak anak yang bijak pula, amalkan baca Surah Luqman. Jika ingin proses bersalin menjadi mudah, Surah Maryam disarankan untuk dibaca sebagai amalan sepanjang proses kehamilan.

Iklan

Ya, itulah yang sering kali kita dengar daripada orang di sekeliling. Malah, ia turut dikongsi ramai dalam internet. Sejauh mana kebenarannya, tidak dapat dipastikan.

Benar, memang ada yang berjaya memperoleh zuriat yang comel berkat amalannya melazimi bacaan al-Quran ketika ketika mengandung.

Namun begitu, pernah tak kita terfikir, andai kata, kita sudah amalkan, tetapi tidak tercapai juga apa yang diinginikan pasti rasa kecewa akan terselit dalam hati.

Iklan

Benarkah amalan-amalan ini memang ada nas-nas tertentu yang memerihalkan tentang perkara itu?

Persoalan tersebut mendapat perhatian Pegawai Hal Ehwal Islam di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Muhammad Fahmi Rusli. Beliau memberikan penjelasan yang ringkas dan padat menerusi ciapan di twitter miliknya baru-baru ini:

Iklan

“Pertama, ibu mengandung sama sahaja seperti orang Islam yang lain, dituntut juga membaca al-Quran.

Cuma bacaan tertentu dengan fadilat seperti Surah Luqman, anak bijak; Surah Maryam, anak cantik dan lain-lain, semua ini berhajat kepada dalil yang sahih.

Kita fikir satu je. Rasulullah SAW wafat dalam keadaan agama Islam telah lengkap.

Jadi, kalau kita anggap ada fadilat surah sekian untuk ibu mengandung, untuk cantik, untuk pandai;

Tapi Rasulullah tak pernah sebut. Tak ke indirectly anggap yang agama kita belum lengkap?

Buatnya bacaan Surah Yusuf, tujuan nak bagi anak kacak, then keluar-keluar tak kacak seperti yang dijangka;

Maka timbullah nanti sangka buruk pada ALLAH, pada al-Quran.

Ingat, al-Quran adalah panduan hidup untuk persediaan kita melangkah akhirat.”

Jawapan Ustaz Muhammad Fahmi menerima respons yang positif daripada warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan tersebut.

Anak bakal lahir
KEPERIBADIAN anak yang dilahirkan bergantung kepada didikan ibu bapa, manakala kecantikan dan ketampanan mereka pula ada kaitan dengan genetik orang tua masing-masing.

Malah, ia turut diulang kicau oleh pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu atau lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi sambil menjelaskan bahawa anak handsome atau cantik itu mengikut genetik kedua ibu bapanya.

“Sepatutnya, Surah Yusuf belajar untuk jadi ibu bapa yang baik, banyak bersabar dan fahami anak ni ujian.

Surah Luqman – parenting 

Surah Maryam – belajar ketabahan Maryam

Surah Hujurat – pesan Tuhan untuk semua manusia.”

Apa pun, tidak salah andai wanita mengandung nak baca juga surah-surah pilihan tadi. Ia juga merupakan ayat-ayat yang terkandung dalam al-Quran.

Namun, janganlah kita terlalu ghairah, sebaliknya meletakkan harapan kembali kepada ALLAH SWT.

Foto: Freepik & 123rf

Iklan

About Nurulfatiha

Biodata Penulis
Iklan