MEMILIKI tubuh yang langsing serta berat badan yang ideal merupakan impian setiap insan.
Ramai yang berkeinginan untuk kurus namun tidak ramai yang berjaya mencapai berat badan yang diidamkan itu.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Untuk mencapai berat badan yang diingini, seseorang itu memerlukan motivasi dan dedikasi yang kukuh.
Apa yang menggembirakan si suami, setelah dua tahun cabarannya itu disahut, isteri kesayangan akhirnya berjaya hilangkan 75 kilogram (kg).
Lebih mengharukan lagi, wanita bertuah itu juga menerima hadiah berupa sebentuk cincin berlian daripada suaminya sebagai ganjaran.
[caption id="attachment_15301" width="1000"] Pilihlah makanan dan gaya hidup sihat untuk menurunkan berat badan berbanding memilih diet ekstrem yang membahayakan kesihatan badan.[/caption]
Menerusi hantaran di laman Facebook, lelaki itu turut berkongsi mengenai bagaimana isterinya berjaya menurunkan berat badan kepada 55 kg dalam masa dua tahun.
Menurut lelaki itu, selepas dicabar, isterinya berusaha untuk menurunkan berat badan dengan cara mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Isterinya kemudiannya dihadiahkan dengan sebentuk cincin berlian satu karat seperti yang dia janjikan.
Bertuahnya si isteri kan!
Sumber: Berita Liputan 6, Agensi