Majlis Istiadat perkahwinan diraja, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, kakanda kepada Pengiran Muda 'Abdul Mateen akan berlangsung bermula pada 16 Januari 2022.
Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah merupakan puteri kedua bongsu Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah iaitu hasil perkahwinan baginda bersama Puan Hajah Mariam.
Baca juga: 457 Hari Brunei Sifar Covid-19, Terima 7 Kes Positif Tempatan, 6 Langkah Dilakukan Serta Merta
Puteri berusia 36 tahun itu bakal mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.
Difahamkan, majlis akan berlangsung selama 10 hari bermula 16 Januari hingga 25 Januari 2022.
Perkara tersebut turut dikongsikan laman Instagram rasmi keluarga diraja negara itu iaitu @bruneiroyalfamily.
Atur cara majlis penuh adat istiadat turut disenaraikan seperti berikut:
16 Januari : Majlis Istiadat Bersuruh Diraja
17 Januari : Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga dan Majlis Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga
18 Januari : Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja juga Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja
19 Januari : Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja
20 Januari : Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja
23 Januari : Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja
24 Januari : Majlis Persantapan Diraja
25 Januari : Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga
Hantaran itu turut menarik perhatian rakyat jelata dan warga maya.
Malah warganet mengucapkan tahniah dan menitipkan doa agar majlis berlangsung dengan lancar.
-"Tahniah buat pasangan pengantin diraja. Semoga kekal dan berbahagia hingga ke syurga.”
-"Alhamdulillah dan tahniah kepada bakal pengantin diraja. Tidak sabar rasanya untuk melihat majlis perkahwinan ini.”
-"Tahniah semoga dipermudahkan serta dberkati ALLAH. Aamiinn.”
-"Tahniah kepada mempelai pengantin. Semoga majlisnya diberkati oleh ALLAH SWT dan dipermudahkan segala urusan. insya-Allah. Aamiin.
-"Alhamdulilah .... sembah ucapan tahniah dan selamat pengantin diraja serta mendoakan semua dilaksanakan dengan izin ALLAH SWT.”
-"Pasti disambut meriah di seluruh Brunei Darussalam. Congratulations!”
Baca juga: Putera Sultan Brunei, Pengiran Muda Mateen kongsi kisah arwah abang
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Instagram @bruneiroyalfamily.