Letusan gergasi 1,000 tahun sekali gunung berapi Tonga beri impak hingga ke Alaska!

Iklan
1

LETUSAN gergasi gunung berapi di perairan Tonga baru-baru ini menarik perhatian dunia. Paparan satelit letusan yang terjadi pada Sabtu, 15 Januari 2022, jam 12.27 tengah hari (waktu Malaysia) menggerunkan dan tersebar di pelbagai platform laman sosial.

Susulan letusan gunung berapi Hunga-Tonga-Hunga-Ha’apai bermagnitud 5.8 itu, bencana tsunami yang amat ditakuti terjadi di Tonga dan beberapa buah negara.

Iklan
Iklan

Baca juga: Setiap Rumah Perlu Ada 'Beg Kecemasan Bencana', Ini Senarai Barangan Paling Penting

Iklan

Tsunami iaitu gelombang besar yang mempunyai jarak gelombang dan jangka masa yang agak panjang. Di kawasan laut dalam, tsunami boleh bergerak dengan kelajuan melebihi 800 km/jam yang seterusnya membawa kepada kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

Kesan letusan gunung berapi Hunga-Tonga-Hunga-Ha’apai Tonga baru-baru memberikan impak kerosakan kepada alam dan manusia.

Iklan

mencetuskan tsunami di sekitar Pasifik mengakibatkan kerosakan besar kepada ibu negara pulau itu.

KESAN DI TONGA

- Ibu negara pulau itu, Nuku'alofa bukan sahaja diliputi debu malah dilanda tsunami.

- Tsunami setinggi 1.2 meter dikesan di ibu negara Nukualofa pada jam 3.30 petang Sabtu.

- Melalui paparan video yang dikongsikan, orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri ke tempat tinggi.

- Kesan ketara terjadi di pesisir pantai hadapan di sebelah utara Nuku'alofa dengan bot dan batu besar dihanyutkan ke darat.

- Abu gunung berapi menyebabkan negara itu menghadapi pencemaran sumber air.

- Kediaman mereka ditenggelami air disamping disamping berlakunya kerosakan struktur.

- Letusan berkenaan turut mencetuskan tsunami merentasi Pasifik. Walapun terpisah dengan jarak 10,000 kilometer, Chile turut menerima kesan tsunami dengan ombak setinggi 1.74 meter.

- Malah ombak kecil dilihat di sepanjang pantai Pasifik dari Alaska ke Mexico.

NEW ZEALAND

- New Zealand yang paling hampir dengan Tonga masih dalam status berjaga-jaga.

- Amaran tsunami juga dikeluarkan untuk kawasan pantai di utara dan pantai timur Pulau Utara New Zealand dan Kepulauan Chatham, di mana arus kuat dan luar biasa serta lonjakan yang tidak dapat diramalkan di pantai dijangka, menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan New Zealand.

- Perkhidmatan cuaca rasmi New Zealand berkata stesen cuacanya di seluruh negara telah melihat 'lonjakan tekanan' pada petang Sabtu akibat letusan itu.

CHILE, PERU

- Letusan itu juga mencetuskan tsunami merentasi Pasifik dengan ombak setinggi 1.74 meter di Chanaral, Chile, lebih 10,000 kilometer jauhnya.

- Ia turut memberikan impak kepada Peru. Sebuah video memaparkan orang ramai melarikan diri susulan tsunami tersebar di laman sosial.

AMERIKA SYARIKAT

- Bandar Santa Cruz di California, AS turut menerima impaknya apabila wujud gelombang pasang surut yang berpunca akibat tsunami.

- Gelombang tertinggi dicatatkan di Port San Luis, California (4.3 kaki); King Cove, Alaska (3.3 kaki); Area Cove, California (3.7 kaki); Crescent City, California (3.7 kaki); dan Port Reyes, California (2.9 kaki).

- Gelombang tsunami pertama dirasai di Pantai Barat awal pagi Sabtu.

- Gelombang setinggi 1.2 kaki telah diperhatikan di Nikolski, manakala ombak setinggi 1 kaki diperhatikan di Atka, Adak dan King Cove, Alaska.

JEPUN

- Letusan Hunga-Tonga-Hunga-Ha’apai turut memberikan kesan kepada Jepun.

- Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan pantai negara itu awal pagi Ahad dengan wilayah timur laut Iwate menyaksikan ombak setinggi 2.7 meter (9 kaki).

- Beberapa tsunami yang lebih kecil dilaporkan di banyak lokasi lain, menurut NHK.

- Menjelang petang Ahad, semua amaran tsunami telah ditarik balik. Pegawai agensi cuaca menolak kemungkinan tsunami selanjutnya di seluruh negara, tetapi berkata mungkin terdapat beberapa turun naik pasang surut.

- Pun begitu, orang ramai supaya sentiasa berjaga-jaga dan menjauhi pantai.

- Rakaman yang dikongsi di NHK daripada penonton di bandar Setouchi, di Pulau Amami Oshima, menunjukkan kesesakan trafik di mana penduduk berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

- Rakaman lain menunjukkan orang ramai tidur di atas lantai di pusat pemindahan di Iwate.

AUSTRALIA, FIJI, SAMOA

- Biro Meteorologi Australia merekodkan gelombang tsunami setinggi 1.2 meter (kira-kira 4 kaki) berhampiran Nuku'alofa pada 5:30 petang Sabtu.

- Turut dilihat gelombang tsunami setinggi 2.7 kaki (0.8 meter) di Nuku'alofa dan ombak setinggi 2 kaki di Pago Pago, ibu negara Samoa, lapor Reuters.

- Fiji yang mengeluarkan amaran kepada orang awam yang tinggal di kawasan pantai rendah supaya bergerak ke tempat yang selamat kerana menjangkakan arus deras dan ombak berbahaya.

- Rakaman menunjukkan orang ramai melarikan diri ke tempat yang lebih tinggi di Suva, ibu kota Fiji, ketika ombak besar melanda pantai.

- Amaran tsunami lebih awal untuk negara pulau Pasifik, Vanuatu telah dihentikan. Terdahulu kerajaan negara itu menasihatkan penduduk supaya menjauhi pantai dan mencari tempat yang lebih tinggi.

Susulan letusan  yang terjadi Sabtu lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan tiada ancaman tsunami.

Bagaimanapun pemantauan secara berterusan akan dilakukan dari semasa ke semasa.

8 INFO MENGENAI GUNUNG BERAPI HUNGA-TONGA-HUNGA-HA’APAI

1. Gunung berapi dasar laut, Hunga-Tonga-Hunga-Ha’apai, yang terletak kira-kira 65km (40 batu) di utara ibu kota Nuku’alofa, mempunyai sejarah letusan sebelum ini.

2. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Hunga-Tonga-Hunga-Ha’apai mencecah paras laut semasa letusan 2009.

3. Dalam letusan 2015, ia memuntahkan begitu banyak batu besar dan abu ke udara, ia menyebabkan pulau baharu terbentuk berukuran 2km (1.2 batu) panjang dan 1km lebar serta 100 meter (328 kaki) tinggi.

4. Pada 20 Disember 2021 dan kemudian pada 13 Januari 2022, gunung berapi itu meletus lagi menyebabkan kepulan awan abu yang boleh dilihat dari pulau Tonga Tongatapu.

5. Pada 15 Januari, satu lagi letusan besar berlaku, mencetuskan tsunami di sekitar Pasifik.

6. Pakar gunung berapi dan wartawan sains, Robin George Andrews memberitahu Al Jazeera, gunung berapi bawah laut seperti Hunga-Tonga-Hunga-Ha’apai meletus seumpama itu kira-kira sekali setiap 1,000 tahun.

7. Letupan yang terjadi baru-baru ini disifatkan sebagai gergasi ini dan terjadi sekali dalam 1,000 tahun.

8."Ia mengambil masa kira-kira 1,000 tahun untuk mengecas semula sepenuhnya dan kami kebetulan berada di sekitar titik di mana sejumlah besar magmanya dilepaskan dengan cara letupan," kata Andrews.

Baca juga: 7 fakta Taufan Rai, membadai Filipina 195km/j, hampir 400 maut

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Al-Jazeera, CNN