Pilih keturunan British, jutawan terlalu inginkan anak jalani IVF sendirian dikecam warganet

Iklan
Gambar hiasan (7)

TERDESAK untuk memiliki cahaya mata tetapi masih belum bertemu pasangan serasi, seorang model menjalani rawatan bayi tabung uji atau in-vitro fertilization (IVF).

Li Xueke, jutawan muda yang juga seorang model dan usahawan dari timur China mendambakan anak pada usia 30 tahun.

Iklan
Iklan

Lantaran beberapa kali kecewa dalam percintaan dan tidak dapat mencari lelaki yang sesuai, dia mengambil keputusan terbang ke Thailand untuk menjalani prosedur IVF kerana negara asalnya mengharamkan amalan itu bagi wanita yang belum berkahwin.

Kaedah ibu tumpang dan pembekuan sel telur wanita bujang juga diharamkan di China.

Iklan

Baca juga: Wanita pelik ketiak bengkak penuh susu selepas lahir bayi kembar tiga, rupanya…

Iklan

Difahamkan Li menggunakan sperma daripada penderma berketurunan British untuk tujuan itu. Sepanjang mengandung, wanita itu menerima lebih 140 suntikan ubat dan hormon untuk memastikan kandungannya bertahan sehingga dilahirkan.

Li turut menyembunyikan kehamilan daripada ibunya dan hanya mendedahkan kelahiran anak kembar sebulan selepas mereka dilahirkan.

 

Baca juga: Perut ibu 30kg ketika hamil, kembar 9 pecah rekod dunia bakal pulang ke Mali

Dia kini gembira dan berkongsi perjalanannya sebagai ibu kepada dua anak lelaki dan seorang perempuan. Li turut memuat naik aktviti dan perkembangan anak kembarnya di laman sosial.

"Saya dibesarkan oleh ibu. Ibu saya telah memberikan saya kasih sayang yang secukupnya. Saya tidak fikir saya berbeza daripada orang lain.

"Sebaliknya, latar belakang keluarga memberikan saya motivasi agar kuat dan lebih berdikari.

"Saya rasa perkara yang paling penting ialah memberikan anak-anak kasih sayang yang secukupnya. Kami sekeluarga gembira setiap hari, penuh kegembiraan dan ketawa. Suasana ini adalah amat bermakna,” katanya.

 

Baca juga: Kembar tiga hamil serentak, teruja impian jadi realiti

Dasar Satu Anak di China yang diperkenalkan pada 1980 hingga 2015 untuk mengekang pertumbuhan penduduk telah menyaksikan impak buruk apabila wujud jurang besar antara individu lelaki dan perempuan.

Kadar kelahiran yang menjunam itu telah mendorong pakar untuk menggesa kebebasan dalam melakukan rawatan kesuburan.

Namun harus diingat, wanita Islam dilarang membekukan sel telur mereka sebelum bernikah!

Pada masa sama, undang-undang syariah hanya membenarkan sel telur wanita disenyawakan dengan sperma suami sendiri, sekali gus melarang sama sekali pembekuan sel telur itu untuk tujuan sosial.

Baca juga: Abang gelap, adik cerah, pasangan kembar lain kaum jarang ditemui

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Min News, News Corp Australia, iNews,