SIAPA sangka, wanita kelahiran Somalia berjaya memecah tradisi dunia apabila menjadi individu berhijab pertama menyertai Miss World.
Penyertaan Khadija Omar, 20, yang juga merupakan seorang pelajar sekali gus menjadi pemangkin semangat kepada wanita bertudung lain.
Memetik laporan Emirates Women, Khadija sendiri seakan berasa tidak percaya dengan pencapaian beliau itu.
Baca juga: Wanita diharamkan guna Tinder selepas kongsi gambar pakai kostum badut
Baca juga: Pilih keturunan British jutawan terlalu inginkan anak jalani IVF sendirian dikecam warganet
"Adakah ini benar? Saya merupakan peserta Miss World mewakili Somalia?
"Sesiapa di luar sana pernahkah mengetahui bagaimana perasaan saya yang bercita-cita untuk menyertai pertandingan ratu cantik dan mewakili gadis berhijab di seluruh dunia?," tulis beliau di laman Instagram.
Tidak hanya memiliki penampilan dan pesona yang menarik, Khadija dilihat sentiasa berusaha untuk membantu golongan yang memerlukan.
Hal itu terbukti apabila beliau bekerja dengan pertubuhan amal dunia Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam membantu golongan pelarian yang terdedah kepada risiko banjir dan kehilangan tempat tinggal.
Secara peribadi, Khadija sendiri membesar di kem pelarian di Nairobi, Kenya.
"Saya bersyukur kerana dibesarkan dalam bersekitaran yang selamat untuk tempoh masa bertahun-tahun sebelum berjaya mencapai apa yang dimiliki sekarang," katanya.
Selain bergiat aktif sebagai model, wanita turut berkhidmat sebagai jurusolek profesional dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Psikologi di Universiti York, Kanada.
Beliau menjadikan model Somalia-Amerika Syarikat, Halima Aden sebagai sumber inspirasi.
Halima sebelum ini turut pernah menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota, Amerika Syarikat pada tahun 2016.
Pertandingan Miss World dijadualkan berlangsung di Hotel Rio Grande, Puerto Rico sekitar Mac ini.
Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram