Mengandung lagi selepas lima hari hamil, wanita lahirkan dua bayi bukan kembar serentak

Iklan
lilo imelda (1)

SEKALI pandang, kedua-dua bayi ini seperti pasangan kembar kerana memiliki wajah yang seiras dan ciri fizikal tidak jauh berbeza.

Sementelah mereka dilahirkan pada tarikh yang sama. Mungkin tiada siapa menjangka bayi dari San Pablo, California yang dinamakan Lilo dan Imelda itu bukan kembar.

Iklan
Iklan

Ibu bapa mereka, Odalis dan Antonio Martinez yang baru sahaja mengalami keguguran November 2020 meluahkan kegembiraan setelah mendapati si isteri hamil lagi.

Iklan

Baca juga: Kanak-kanak disangka lemas rupa-rupanya dibunuh kejam keluarga sendiri. Ini kronologi kes Logan Mwangi

Namun apa yang memeranjatkan, ujian imbasan pertama mendapati wanita berusia 25 tahun itu sedang hamil dua bayi yang dikandung pada dua waktu berbeza.

Iklan

Odalis berkata kelahiran Lilo dan Imelda Martinez-Atoyac adalah 'keajaiban.' Biarpun bukan kembar, mereka sangat serupa hinggakan suaminya, Antonio sering tertukar.

Oleh kerana terlalu seiras, ramai menyangka mereka kembar. Odalis berkata dia perlu menjelaskan kepada dua anak perempuannya bukan kembar sebaliknya adik beradik yang jarang terjadi.

Kedua-dua bayi itu dilahirkan pada Ogos 2021 ketika usia kehamilan 40 minggu dan 39 minggu empat hari.

Lilo  seberat 3.06 kilogram (kg) manakala Imelda pula 3.26 kg. Mereka berdua kini membesar dengan sihat, malah memiliki senyuman yang sama.

INFO SUPERFETASI

Kehamilan lazimnya akan menghentikan proses ovulasi. Bagaimanapun, superfetasi ialah fenomena yang jarang berlaku apabila seorang wanita hamil sekali lagi dengan anak lain semasa sudah sedang mengandung.

Ini berlaku apabila telur disenyawakan oleh embrio menempel pada dinding rahim untuk kali kedua beberapa hari atau minggu selepas proses itu kehamilan sebelumnya.

Ia amat jarang berlaku dan telah didokumenkan kurang daripada 10 kali di dunia. Hanya beberapa kes yang pernah direkodkan. Pakar perubatan telah mengenal pasti superfetasi di UK, Itali dan Kanada.

Bagaimanapun keadaan luar biasa itu boleh meningkatkan risiko komplikasi kelahiran pramatang kepada bayi yang lebih muda.

Baca juga: Ibu terkejut, anak 2 tahun ditinggal sendirian dalam taska berkunci dan gelap

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Daily Mail, New York Post, MedicineNet