[5 FOTO] IKEA Rusia sesak, penduduk tempatan berpusu buat pembelian terakhir sebelum operasi ditamatkan

Iklan
ikea rusia belarus (1)

SUSULAN serangan ke atas Ukraine, syarikat-syarikat gergasi dunia mula menamatkan perkhidmatan dan jualan di Rusia.

Terbaru, syarikat perabot terkemuka dari Sweden, IKEA turut mengambil langkah  yang sama dengan menutup 17 cawangannya di negara itu setelah 22 tahun beroperasi.

Iklan
Iklan

Baca juga: Pesawat Terbesar Di Dunia Milik Ukraine Musnah Diserang Rusia, 10 Fakta Menarik Antonov AN-225

Iklan

Gambar dan foto yang memaparkan orang ramai menyerbu bilik pameran perabot itu menjadi tular di laman sosial Twitter.

[caption id="attachment_74880" width="800"] Seorang wanita memeluk patung mainan di IKEA Novosibirsk.[/caption]

Iklan

Rakyat Rusia dilihat berpusu-pusu membuat pembelian terakhir di seluruh cawangan kedai perabot berkenaan.

Pemilik jenama IKEA, Inter IKEA Group dan pemilik/pengendali kedai Ingka Holding berkata dalam satu kenyataan bersama bahawa perang di Ukraine telah memberi kesan besar kepada manusia dan juga mengakibatkan gangguan serius kepada rantaian bekalan dan keadaan perdagangan.

[caption id="attachment_74876" width="800"] Keadaan di IKEA Moscow.[/caption]

"Atas semua sebab ini, kumpulan syarikat telah memutuskan untuk menghentikan sementara operasi IKEA di Rusia," kata mereka.

Susulan tindakan itu, dilaporkan seramai 15,000 pekerja terjejas.

[caption id="attachment_74879" width="800"] Situasi pelanggan membuat pembelian saat akhir di IKEA St Petersburg.[/caption]

IKEA membuka cawangan di Rusia pada tahun 2000 iaitu sembilan tahun selepas kejatuhan Kesatuan Soviet. Dalam tempoh 22 tahun ia telah berkembang menjadi majikan terbesar di negara itu.

Terdahulu, selain IKEA, beberapa syarikat lain mengambil langkah yang sama iaitu H&M, Burberry, Spotify, Jaguar, Land Rover, HSBC, BP dan Shell. Manakala Mastercard dan Visa menyekat sistem pembayarannya di Rusia.

Formula 1 dilaporkan telah menamatkan kontraknya dengan Grand Prix Rusia beberapa hari selepas mengumumkan pembatalan perlumbaan edisi tahun ini.

Apple pula telah menghentikan sementara jualan produk di Rusia walaupun aplikasi Apple App Store tetap dibuka.

Dalam pada itu, Google pula telah menyekat aplikasi mudah alih yang disambungkan kepada penyiar Rusia RT dan Sputnik daripada Google Play untuk mengalih keluar penerbit negara Rusia daripada ciri berkaitan beritanya termasuk di YouTube.

Baca juga: Gara-gara serangan ke atas Ukraine, tali pinggang hitam taekwondo Putin dibatalkan

 

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: IKEA, Daily Mail, Wall Street Journal