BARU-baru ini SinarPlus berkongsi mengenai kejayaan pakar bedah Pusat Perubatan Universiti Maryland membuat pemindahan jantung babi pertama di dunia kepada seorang pesakit.
Pembedahan eksperimen yang dilakukan pada 7 Januari lalu menggunakan jantung daripada haiwan yang diubah suai secara genetik khas untuk tujuan itu.
Bagaimanapun Pesakit, David Bennett, 57, dilaporkan hanya bertahan selama dua bulan selepas menghembuskan nafas terakhir Selasa lalu.
Punca kematian tidak didedahkan namun menurut kenyataan hospital, kesihatan lelaki itu mula merosot beberapa hari lalu.
"Selepas jelas bahawa dia tidak akan sembuh, dia diberi penjagaan paliatif,.
"Dia dapat berkomunikasi dengan keluarganya pada waktu terakhirnya," kata jurucakap hospital.
Seperti yang dilaporkan NBC, anak lelaki Bennett, David Bennett Jr. mengucapkan terima kasih kepada pakar dan semua yang terlibat.
[caption id="attachment_75495" width="800"] Bennet (tiga dari kiri) bersama keluarga sebelum pembedahan.[/caption]
"Usaha, komitmen memereka dan kehendak bapa saya yang terus berusaha untuk hidup mewujudkan persekitaran yang penuh harapan.
Pemindahan jantung yang dilalui Bennett merupakan sejarah penting dalam bidang pemindahan xeno (xenotransplantation) yang cuba mencari solusi dalam menangani krisis kekurangan organ manusia untuk pesakit.
[caption id="attachment_75494" width="800"] Dr Griffith di samping Bennet selepas pembedahan.[/caption]
"Bennett dikenali oleh berjuta-juta orang kerana keberanian dan ikhtiar untuk hidup,” kata Dr Bartley P. Griffith, pakar yang melakukan pembedahan itu.
Griffith menyifatkan pembedahan pemindahan pertama di dunia menggunakan jantung yang diubah suai secara genetik itu adalah titik tolak kepada seperti mana-mana peningkatan potensi dan memberikan manfaat menyelamatkan nyawa kepada pesakit masa depan.
Terdahulu, sebelum pemindahan, Bennett menderita masalah degupan jantung tidak teratur hingga terlantar di hospital selama enam minggu dan disambungkan ke mesin pintasan jantung paru-paru.
Terdahulu, seorang bayi bernama Fae bertahan selama 21 hari selepas menerima pemindahan jantung babun pada tahun 1984.
Baca juga: Legakan Batuk Guna 2 Bahan Mudah, Petua Dikongsi Dr Rizal
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI