PELIK tapi benar! 78 kali dijangkiti Covid-19. Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki Turki di Istanbul.
Kali pertama Muzaffer Kayasan, 56, dijangkiti Covid-19, dia menjangkakan akan menemui maut disebabkan oleh penyakit leukemia yang dihidapinya.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Kayasan kini dipercayai pemegang rekod tertinggi pernah dijangkiti Covid-19.
Menurut pakar kesihatan yang pernah merawatnya, Kayasan berkemungkinan mempunyai sistem imun yang tinggi akibat barah yang dihidapinya.
Memetik laporan Reuters, kata Kayasan, walaupun beliau sering keluar masuk hospital sejak November 2020, semangatnya tidak pernah luntur untuk kembali sembuh agar dapat menghabiskan masa dengan cucu kesayangannya.
Baca juga Imuniti berkurangan, suntikan vaksin ke-4 satu 'keperluan' - CEO Pfizer
Setelah dirawat di hospital selama sembilan bulan dan dikuarantin di rumah selama lima bulan lagi, Kayasan mengakui bahawa beliau cukup rindukan cucunya, Azra.
Kini, mereka hanya boleh berbual melalui pintu kaca di kediamannya apabila Azra datang melawat.
Sementara itu, menurut pakar perubatan, Dr Serap Simsek Yavuz, pesakitnya itu mempunyai rekod kes terpanjang dan kini sedang dipantau secara rapat untuk sebarang mutasi.
Baca juga Tidak mampu menolak lamaran, lelaki Congo kahwini isteri kembar tiga serentak raih perhatian dunia
Akibat dijangkiti berulang kali, Kayasan tidak menerima sebarang vaksin.
Itu disebabkan pemerintah tempatan hanya membenarkan pesakit Covid-19 yang sudah pulih untuk menerima suntikan vaksin.
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Sumber : Reuters, Mediacorp