KEKAYAAN dan kemewahan sentiasa menjadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi jika membabitkan golongan pempengaruh atau ‘influencer.’
Walaupun tidak semua berbuat demikian, mempamerkan kekayaan di laman sosial seolah-olah menjadi ‘trend’ generasi muda masa kini.
Gelaran 'Crazy Rich Bandung' seorang ahli perniagaan muda Indonesia, Doni Salmanan berakhir berikutan laporan kes penipuan.
Baca juga: 8 rakan dibunuh depan mata, mohon bantuan menerusi CCTV, kisah Nelson Sarira buat ramai sebak
WANG TUNAI RM968,000
Menurut Detik News, wang tunai 3.3 bilion rupiah (RM968,000) dirampas, dua rumah di wilayah Candra Asih, Kota Baru Parahyangan dan Soreang Banjaran, Bandung telah disita pihak berkuasa.
Selain itu sebanyak 22 jenis pakaian dari pelbagai jenama mewah seperti Hermes, Dior dan Canali turut dirampas.
Laporan mangsa menyatakan Doni mempunyai cara istimewa untuk menarik minat mangsa hingga terleka melaburkan wang mereka.
Suara.com melaporkan Doni mempamerkan kekayaan melalui Instagram sehingga ramai mangsanya tergoda dan menerima tawarannya.
Baca juga: Kerana durian nyawa melayang, lelaki cacatkan remaja hingga maut
MENJANJIKAN UNTUNG
Difahamkan pada mulanya, Doni dijemput untuk bekerja dengan aplikasi ‘trading’ yang berupaya menghasilkan keuntungan berlipat kali ganda.
Bagi setiap mangsa yang berjaya mendaftar dan melaburkan wang ke dalam Quotex, Doni akan diberi komisen oleh Quotex dengan kod rujukan yang dikongsi dengan mangsa.
Ini akan membuatkan mangsa teruja dan berminat untuk terus melabur wang mereka. Difahamkan Doni turut memiliki puluhan ribu ahli dalam kumpulan Telegram khas.
Baca juga: Dikatakan terlalu kaya, jutawan muda penuh kontroversi ini mahu bantu langsaikan hutang negara
GAYA MEWAH SEBAGAI MODAL
Doni juga menggunakan gaya hidup mewahnya sebagai modal menjerat mangsa dan terus memberikan semangat untuk terus melabur apabila berhadapan kerugian.
Malah menerusi media Indonesia, Doni dilaporkan menerima sehingga 80 peratus wang kerugian mangsa sebagai bentuk maklum balas dengan kerjasama Quotex.
Ramai mangsa melaporkan kerugian ratusan juta rupiah. Mangsa yang mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena melaporkan pemuda itu kepada pihak berkuasa dengan dakwaan kes penipuan.
Akhirnya setelah melalui siasatan dan pemeriksaan, Doni Salmanan secara rasminya telah dinamakan sebagai suspek kes penipuan itu.
Semoga kes ini menjadi pengajaran buat kita semua. Buat pertimbangan dan kajian sewajarnya sebelum membuat sebarang pelaburan agar terhindar skim penipuan. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI