WALAUPUN seseorang melakukan kesilapan, tidak semestinya mereka perlu diberi hukuman sehingga meragut nyawa.

Seperti sebuah video yang tular di Indonesia, seorang remaja lelaki berusia 11 tahun dipercayai mengambil durian tanpa izin telah dicacatkan sehingga maut oleh suspek berusia 26 tahun.

Kejadian di Lampung Timur itu tular itu di media sosial dan dimuat naik di Instagram borobudur_media.

Menerusi paparan video berpuluh-puluh penduduk mengejar suspek di sebuah kebun durian.

Suspek ditangkap polis.

Baca juga: Kanak-Kanak Disangka Lemas Rupa-Rupanya Dibunuh Kejam Keluarga Sendiri. Ini Kronologi Kes Logan Mwangi

Tidak lama kemudian kedengaran beberapa das tembakan dilepaskan ke udara oleh polis untuk mengawal keadaan.

Suasana kecoh dan penuh emosi itu menjadi terkawal dengan kehadiran pihak polis.

Menurut Tribun Jateng, difahamkan suspek telah melakukan perbuatan kejam mencacatkan seorang remaja lelaki di sebuah ladang durian.

Hal itu bagaimanapun dilaporkan penduduk kepada Balai Polis Labuhanratu.

Selepas melakukan pencarian, kepala remaja itu ditemui berasingan kira-kira 40 meter daripada tubuhnya. Jari jemari remaja itu juga turut dipotong manakala perut dirobek.

Polis mengesahkan kejadian itu kepada Kompas. Siasatan mendapati kejadian bermula apabila mangsa memasuki kawasan ladang durian yang dijaga suspek.

Suspek menegur dan melarang mangsa yang ingin mengambil durian di kebun berkenaan.

“Mangsa yang dilarang berasa tercabar mengeluarkan sebilah pisau. Namun segera dirampas oleh suspek yang kemudiannya membunuh mangsa serta-merta,” kata Ketua Polis Lampung Timur, Zaky Alkazar Nasution.

Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lampung Timur dan menghadapi tuduhan membunuh.

Sesungguhnya nyawa tidak boleh diganti. Tidak wajar rasanya suspek bertindak sedemikian rupa hanya kerana sebiji durian yang belum tentu diambil. Diharapkan kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.

Baca juga: Hanya Kerana Menolak Lamaran, Wanita Ini Dirogol Dan Dipenggal Penuh Kejam! Sadis Sungguh

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Tribun Jateng, Kompas