CAHAYA mata adalah anugerah yang didambakan setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Manakala memiliki ramai anak pula adalah rezeki. Namun hakikatnya, setiap pasangan mempunyai sebab tersendiri sama ada memilih untuk memiliki ramai anak atau sebaliknya.
Seperti pasangan muda ini, Courtney Rogers, 37 dan Chris Rogers , 34, dari New Mexico, Amerika Syarikat dikurniakan 12 cahaya mata dalam tempoh 15 tahun perkahwinan.
Menurut Mirror, anak sulung pasangan itu, Clint, dilahirkan pada 30 Mac 2010. Kelahiran Clint kemudian diikuti lima lagi anak lelaki dan enam perempuan mereka.
Baca juga: Impi mahu 105 orang anak, pasangan jutawan Rusia ini sanggup berbelanja lebih RM4.6 juta
Dalam temu ramah, pasangan Rogers mengatakan mereka tidak pernah merancang untuk mempunyai anak yang ramai. Malah pada awal perkahwinan Courtney pernah mengalami keguguran sebelum hamil anak sulung mereka.
"Syukur dikurniakan keluarga yang menakjubkan ini. Anak-anak seolah disusun kelahirannya iaitu enam lelaki berturut-turut diikuti dan lima perempuan.
"Saya fikir saya terlalu tua pada usia 26 tahun namun kehadiran anak-anak begitu pantas, ditambah dengan satu pasangan kembar.
"Mulanya saya dan suami meletakkan had 10 orang anak maksimum. Namun saya rasa masih sihat, jadi kami menambah dua lagi anak menjadikannya 12 orang," kata Courtney.
Baca juga: Pening fikir nama anak ke-16, pasangan ini tidak kisah jika dikurniakan 30 zuriat
Sejak pertama kali menjadi ibu, tempoh paling lama bagi Courtney tidak mengandung ialah tujuh bulan.
Manakala jarak umur paling lama antara dua anak itu ialah 20 bulan. Itu pun disebabkan keadaan Courtney yang terjejas selepas keguguran.
Wanita itu menambah sepanjang tempoh kehamilan dia tidak pernah mengalami alahan. Dia malah sihat dan boleh menjaga anak-anak, memasak dan mengajar pelbagai topik homeschooling.
Dengan memiliki 12 orang anak berumur 12 tahun ke bawah, Courtney dan Chris perlu bijak menguruskan keluarga mereka.
Setiap minggu, pasangan itu perlu menggunakan 80 helai lampin pakai buang di samping lampin moden yang boleh dicuci.
Bagi memudahkan keluarga bergerak ke mana-mana destinasi, Courtney dan Chris memiliki sebuah kenderaan MPV yang boleh memuatkan 15 penumpang.
Courtney berkata anak-anaknya homeschool di rumah dan hubungan di antara mereka sangat rapat.
Kediaman mereka di atas tanah seluas 12 ekar di Sante Fe County, New Mexico akan diubahsuai.
Dengan hanya empat bilik tidur pada masa ini, pasangan itu merancang untuk menambah tiga lagi tujuh bilik tidur, agar setiap bilik boleh memuatkan dua orang anak mereka dengan selesa.
Terdahulu, pasangan Jim Bob and Michelle Duggar menjadi tumpuan ramai kerana memiliki 19 cahaya mata. Mereka malah memiliki rancangan realiti TV, 19 Kids and Counting.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI