AKTIVITI santai bersama rakan-rakan di taman tema bertukar duka apabila remaja berusia 14 tahun meninggal dunia selepas terjatuh salah satu alat permainan yang dinaiki.
Tyre Sampson dari Missouri, Amerika Syarikat dilaporkan sedang bercuti bersama keluarga rakannya ketika kejadian taman tema di Orlando.
Dia dikatakan tergelincir dari tempat duduknya semasa menaiki Orlando Free Fall di ICON Park, 11.00 malam Khamis.
Daily Mail melaporkan sekeping gambar Tyre dirakam menunjukkan dia sedang duduk dengan abah-abah keselamatan tidak dipasang sempurna dan tidak ditarik ke bawah untuk mengikatnya di tempat duduk seterusnya menyebabkan dia terjatuh semasa alat permainan itu melantun ke udara.
Tidak jelas sama ada abah-abah keselamatan telah dipasang atau pihak pengendali tidak membuat pemeriksaan sebelum permainan dimulakan. Siasatan ke atas taman itu kini sedang dijalankan.
"Ia nampaknya hanya satu tragedi yang dahsyat. Kita akan lihat apa yang akan terjadi,” Sheriff Orange County, John Mina.
Baca juga: Nak seronok rupanya perangkap maut, gadis tercekik muntah sendiri ketika bermain di fun fair
Saksi mendakwa Tyre telah diberitahu bahawa tiada tali pinggang keledar pada perjalanan.
Satu-satunya perkara yang menghalang mereka daripada jatuh dari tempat duduk mereka ialah plastik, tali pinggang tarik ke bawah yang sepatutnya dipasang di tempatnya di antara kaki.
Ibu tirinya Tyre, Wendy remaja itu adalah anak menghormati ibu bapa dan orang tua. Wanita itu berkata bahawa dia telah menonton video Tyre dan rakan-rakannya ketika mereka menaiki alat permainan tersebut. Salah sseorang daripada mereka mengatakan tidak selesa di tempat duduknya.
Video Tyre dan rakannya sebelum kemalangan menunjukkan pengunjung berbincang tentang abah-abah penahan bahu.
Butiran masih kabur tetapi ada yang mengatakan Tyre tidak dapat menaiki alat permainan di taman tema itu kerana pelbagai had saiz dan had berat.
"Apa yang saya dengar ialah salah seorang Tyre bercakap dengannya sebelum situasi itu berlaku. Dia seperti tidak selesa.
"Benda ini tidak dapat ditolak. Jika saya tidak berjaya turun semula, beritahu ibu dan ayah yang saya sayangi mereka,'' kata bapanya, Yarnell Sampson.
Pekerja taman difahamkan menyangka mayat Tyre adalah bahagian alat permainan yang putus melayang jatuh ke bawah sehinggalah mereka melihat remaja itu terbaring di atas tanah.
Difahamkan, permainan Free Fall yang boleh memuatkan 30 orang pengunjung itu condong ke hadapan 30 darjah dan menghadap ke tanah apabila sampai ke puncak sebelum jatuh bebas dari ketinggian lebih 400 kaki (kira-kira 121 meter) pada kelajuan mencecah lebih 120 km/j.
Ia baharu sahaja lulus pemeriksaan keselamatan pada Disember sebelum ia dibenarkan beroperasi.
Sememangnya setiap aktviti itu berisiko. Pun begitu, faktor keselamatan pengunjung tidak diabaikan sama sekali.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua agar memandang serius keselamatan diri dan keluarga semasa menyertai aktiviti luar.
Baca juga: Seronok bergambar tak perasan tangan anak digigit singa, bapa ini koma gara-gara terlampau terkejut
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI