PUKUL 5 petang boleh menjadi waktu yang paling sibuk di atas jalan raya lebih-lebih mereka yang tinggal di ibu kota.
Situasi itu lebih mendesak apabila tibanya Ramadan.
Mana tidaknya, masa itu semuanya berebut-rebut pulang ke rumah untuk menyediakan hidangan berbuka.
Sekiranya tidak berkesempatan, singgah saja ke bazar Ramadan.
Baca juga: Susah dan lewat bangun sahur ini cara terbaik bantu selesaikan masalah itu
Baca juga: Pasangan terkejut hantu wanita berambut bufon jadi tetamu dalam rumah
Bagaimanapun, perkara tersebut mungkin tidak berlaku di negara Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Memetik laporan iloveqatar, Menteri Hal Ehwal Kabinet, Mohammed Abdullah Al-Sulaiti telah menetapkan tempoh bekerja khas sepanjang bulan Ramadan.
Mula dikuatkuasa pada 30 Mac, pekerja kerajaan, agensi dan swasta hanya bekerja selama lima jam sehari bermula 9 pagi hingga 2 petang.
Tidak hanya itu, para petugas juga akan diberi masa maksimum untuk masuk ke pejabat sehingga pukul 10 pagi.
Pastinya kaedah tersebut dapat memberi peluang buat pekerja pulang ke rumah untuk beribadah dan menyediakan hidangan berbuka dengan keluarga.
Apabila mendengar seronok juga dapat balik awal pada bulan puasa. Tidak perlu fikir kesesakan dan terkejar-kejar masa sehinggakan ada yang terpaksa berbuka di atas jalan.
Melihat kepada kelonggaran itu, agak-agak boleh atau tidak dilaksanakan di negara kita pada masa akan datang?
Apa-apa pun, selamat berpuasa!
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI