BAK kata pepatah, jauh perjalanan, luas pengalaman. Semakin jauh merantau maka lebih banyaklah pengalaman yang ditimba.
Seorang ‘influencer’ Brazil, Jessie Koz, 29, mengimpikan tiba ke Alaska melalui jalan darat.
Untuk itu, dia bergerak dari negara asalnya Brazil, melalui benua Amerika untuk sampai ke Alaska. Sayang seribu kali sayang, dua hari sebelum dijangka tiba ke destinasi impian, Koz maut dalam kemalangan bersama anjing kesayangan.
[caption id="attachment_83039" width="800"] Jesse Koz dan anjingnya, Shurastey maut di tempat kejadian. (Kredit foto: New York Post)[/caption]
Jesse Koz telah mengembara sejauh lebih 83,685 kilometer merentasi 17 negara dengan memandu kereta Volkswagen Beetle 1978 yang dinamakan 'Dodongo' sejak 2017.
Perjalanan Koz dikongsikan melalui laman sosial Instagram miliknya.
Kemalangan yang menimpa Koz berlaku apabila kereta dipandu dipandu Koz bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Ford Escape di Lebuhraya Amerika Syarikat 199 berhampiran Selma, Oregon.
Dalam kemalangan Koz dan anjingnya disahkan mati di tempat kejadian manakala pemandu SUV dan seorang penumpang kanak-kanak terselamat.
Baca juga: Hantaran kahwin punca tiga wanita di India tamatkan riwayat hidup. Ini kronologi kejadian
Sebelum kemalangan, Koz dilihat sempat memuat naik gambar terakhir bersama anjingnya berlatarkan pemandangan jambatan terkenal di California, Golden Gate.
10 Februari lalu, Koz berehat seketika menyaksikan matahari terbenam bersama Shurastey sambil mengimbau kembali detik-detik yang dikongsi bersama dan masa depan yang menanti.
"Betapa pentingnya Shurastey untuk saya dan perjalanan sejauh ini tidak akan terjadi tanpanya yang sentiasa menemani. Shurastey hanya senyum sambil menjelirkan lidahnya.
"Menikmati permandangan matahari terbenam dengan ditemani oleh ‘rakan’ adalah momen yang sangat ‘mahal’, walaupun saya tahu kami masih banyak masa untuk diluangkan bersama dan akan menyaksikan lagi matahari terbenam untuk kali yang terakhir,” titip Koz di Instagram seolah tahu akan ‘pergi’.
Koz itu adalah influencer dan dan 'motivator'. Dia memiliki 629,000 pengikut di Instagram yang mengikuti perjalanannya untuk tiba ke destinasi impian.
Foto Dodongo yang musnah dalam kemalangan bertebaran di laman sosial menimbulkan rasa pilu para 'follower'. Susulan pemergian Koz, rata-rata menzahirkan rasa sedih.
-"Dia meninggal dunia sebagai hero yang mengejar impian terbesarnya, dunia pengembara kehilangan inspirasi yang hebat.”
-"Terima kasih kerana memberikan inspirasi! Anda memang ‘awesome’.”
-"Gembira kamu menikmati kehidupan dengan baik... berehatlah dengan tenang.”
-”Terima kasih kerana atas segala perkongsian! Kehilangan ini amat menyedihkan!”
-"Terima kasih untuk semua yang telah dikongsi sepanjang perjalananmu. Kami tidak akan melupakanmu Koz, berehatlah dengan tenang.”
Mengembara adalah satu kebiasaan bagi anak muda di Barat. Kebanyakan mereka suka merantau menerokai dunia. Ada yang mengembara secara solo, tidak kurang pula memilih untuk bergerak secara berkumpulan.
Malah, wujud golongan pengembara yang keluar dari zon selesa dengan berhenti kerja semata-mata untuk mengenali dunia luar.
Baca juga: Wanita terkorban kapal karam, sanggup minum urin untuk selamatkan dua anak dengan susu ibu
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI