Suami penggal kepala isteri, cemburu keterlaluan bawa padah

Iklan
Cuai? Alpa? Lagi kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta Cuai? Alpa? Lagi kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta
Cuai? Alpa? Lagi kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta

PERASAAN cemburu pada pasangan adalah hal yang wajar. Namun jangan sampai menjaid cemburu buta hingga timbulkan pertengkaran.

Lebih parah lagi jika perasaan cemburu itu sehingga boleh membawa maut!

Iklan
Iklan

Seperti yang terjadi kepada pasangan di Kemboja dek kerana terlampau cemburu, si suami yang kejam sanggup memenggal kepada isteri.

Menurut laporan Daily Mail, lelaki itu memenggal kepala isterinya menggunakan pisau pemotong daging.

Iklan

Apa yang lebih memilukan apabila dia kemudian menyumbat kepala itu ke dalam guni sebelum membawa bersiar-siar menaiki motosikal.

Difahamkan, insiden tersebut dipercayai berpunca kerana suspek, Phuong Ratha berusia, 27,mengesyaki isterinya, Ly Srey Nouch, 23, tahun mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Iklan

Disebabkan terlampau cemburu, suspek nekad membunuh isterinya dengan cara memenggal dan menetak kepala mangsa sehingga putus.

Suspek kemudian memasukkan kepala isterinya itu ke dalam guni dan membawanya menaiki motosikal.

Bungkusan guni berisi kepala itu kemudian dibuang di sebuah kawasan terbiar.

Perbuatan kejam itu akhirnya terbongkar selepas jiran mereka, Phan Sreyphet menemukan mayat mangsa yang dikerat berada di atas lantai rumah dalam keadaan berlumuran darah.

Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung insiden terbabit.

Pada keesokan harinya, pihak polis berjaya menahan suspek.

Semasa soal siasat, suspek mengaku mengelar leher isterinya kerana marah dan cemburu. Dia juga mengaku cuba menyembunyikan kepala mangsa yang terputus itu.

Suspek mengatakan yang dia merasakan isterinya itu bertindak berlainan sejak kebelakangan ini.

Dia juga mengakui tidak memukul sebelum membunuhnya, namun hanya menggunakan pisau untuk mengelar lehernya.

Sementara itu, jiran pasangan itu mendakwa sering mendengar mereka bergaduh dan mangsa sering dikasari oleh suspek.

Bukan itu sahaja, suspek juga kerap menuduh isterinya berlaku curang dan menghubungi lelaki lain.

Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Baca juga Isteri sedih suami 'kaki gaduh', buang beras dalam tandas, rosak mainan anak

Dalam pada itu, ini tujuh tip mengatasi rasa cemburu terhadap isteri, suami, tunang, ataupun bakal pasangan hidup anda;

1. Tanya diri mengapa perlu cemburu

Adakah kerana rasa inferior pada diri sendiri? Atau tidak yakin dengan kesetiaan pasangan?

Sebab itu penting untuk mengenal pasti sebab cemburu. Jadi, anda akan lebih rasional jika tahu sebenarnya anda cemburu tidak berasas dan bertempat.

2. Cuba berada di tempat pasangan

Bayangkan jika sebaliknya, pasangan anda selalu cemburu.

Mesti anda rasa tidak gembira, tidak puas hati dan marah bukan kerana pasangan sentiasa meragui dan mengawasi pergerakan akibat cemburu. Jadi anda harus atasi rasa cemburu.

3. Kenali rakan rapat dan keluarga pasangan

Mereka mungkin lebih mengenali pasangan anda.

Jadi, berjumpa dengan mereka untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasangan, sama ada si dia memang jenis suka menggoda atau pun setia. Jadi, anda tidak perlu terlalu cemburu jika pasangan keluar bersama rakan sekerjanya atau ‘outstation’.

4. Berani berdepan dengan ketakutan

Biasanya cemburu terjadi akibat takut kehilangan pasangan.

Belajar menghadapi kenyataan bahawa semua yang kita sayangi tidak selamanya bersama anda. Oleh itu, kuranglah rasa obses dengan pasangan.

Baca juga Bayi 40 hari kembung perut mengejutkan kandungi janin

5. Bertanya dengan pasangan

Sebaiknya, tanya ‘face-to-face’ dengan pasangan. Dengan ini semua yang anda pendam atau ‘curious’, boleh diketahui jawapannya dari mulut pasangan sendiri.

Ini lebih baik daripada pendam dan cemburu tidak menentu.

6. Sibukkan diri

Kadang kala anda terlalu memfokuskan hal yang remeh kerana anda tidak mempunyai matlamat yang lebih besar dalam rutin sehari-hari.

Bayangkan kalau anda sibuk bekerja dan menguruskan hal-hal yang berkaitan minat, tentu tidak akan terlalu taksub terhadap pasangan anda.

Oleh itu, cuba periksa semula jadual sekiranya anda mempunyai terlalu banyak masa lapang yang tidak dimanfaatkan dengan baik.

7. Dapatkan rawatan

Jika tidak dapat menahan rasa cemburu, cuba dapatkan bantuan dan rawatan daripada doktor atau pakar psikiatri.

Ramai yang menghadapi masalah ini malu untuk mendapatkan rawatan kerana tidak mahu dianggap ‘gila’. Tapi, sebenarnya rawatan ini adalah amat baik untuk memberi ketenangan dan meleraikan persoalan dalam diri anda.

Sekurang-kurangnya anda dapat meluahkan perasaan pada yang pakar dan diberikan bantuan yang sesuai.

Secara tidak langsung, ia dapat membantu anda mencari kekuatan diri dan dapat memulakan hidup baru dengan melihat tujuan sebenar yang lebih indah.

Sebenarnya tidak salah cemburu, tapi biarlah bertempat. Cemburu yang keterlaluan boleh merosakkan hubungan dengan pasangan.

Cuba perbaiki diri sebelum melihat kekurangan pasangan.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI