CERITA pasangan warga emas yang baru kenal 10 hari dan terus berkahwin baru-baru ini menarik perhatian bukan sahaja warga Thailand, malah seantero dunia.
Mana tidaknya, perkenalan singkat pasangan dari Phetchabun, Utara Thailand telah mewujudkan bibit percintaan apabila kedua-duanya bersetuju untuk menjadi pasangan suami isteri!
Pasangan comel itu melangsungkan majlis perkahwinan di daerah Lom Sak, Phetchebun dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran saudara-mara pengantin lelaki.
Berkongsi mengenai kisah mereka, Mala pernah berkahwin dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Namun, bagi Jamkham, inilah perkahwinan pertamanya!
Kepada The Thaiger, Mala berkata, beliau kagum dengan pasangan yang menjadi suri hatinya dan berjanji akan selalu menjaganya sehingga akhir hayat.
Difahamkan, lelaki berkenaan akan berpindah ke rumah isterinya tanpa membawa apa-apa selain sebuah motosikal.
Baca juga Pengantin terlafaz mas kahwin RM500 juta, bakal isteri pun geli hati
Semoga perkahwinan kedua-duanya berkekalan. Tidak semestinya sudah tua, tidak boleh bahagia.
Kalau hati sudah berkenan dan jumpa orang yang dirasakan serasi untuk hidup bersama walau tempoh perkenalan tak panjang, apa salahnya terus membina masjid. Betul tak?
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan