FIDA Ibrahim berkongsi perkhabaran duka selepas keguguran. Lebih menyedihkan janin berusia empat bulan keluar dan disambut di atas tapak tangannya sendiri.
Rafidah yang berkahwin pada tahun lalu berkongsi kisah memilukan itu melalui Instagram yang mengundang rasa sebak warga maya.
Terdahulu, Fida terbuka berkongsi mengenai kehamilannya. Ketika itu bahagian serviks terbuka di samping jumlah air ketuban sedikit. Doktor juga memaklumkan keadaan itu mungkin menyebabkan bayi tersebut terpaksa dilepaskan jika situasi semakin kritikal. Fida dan suami pasrah dan bergantung kepada keajaiban ALLAH.
Melalui keguguran pada trimester kedua kehamilan, pelakon filem Kongsi itu mendedahkan kronologi pemergian si kecil pada 24 Jun lalu.
"Saya biarkan dan berehat walaupun sakitnya hanya ALLAH saja yang tau. Sebelum masuk waktu Maghrib dan sebelum berwuduk, saya berhadas kecil dan pada ketika tu terasa sesuatu ingin keluar.
"Saya terus memanggil suami dan cakap ada sesuatu nak keluar dan suami kata, biarkan.
"Saya tadahkan tangan, pada waktu itu, janin keluar di atas tapak tangan saya dan saya ada rasa sedikit pergerakan sebelum suami memotong tali pusat (sekiranya berlaku pada anda, terus ke hospital ya dan jangan potong sendiri kerana itu akan lebih memudahkan proses cuci uri /plasenta nanti).
Baca juga: Besarnya dugaan, wanita hamil kembar 3 keguguran jatuh di tandas buat ramai sebak
Dalam pada itu, Fida mendedahkan perasaan panik. Dia kemudian dibawa ke hospital untuk proses membersihkan uri dilakukan dan pemantauan.
"Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan bagi anak syurga ini. Jantina baby tak dapat dikenal pasti, tetapi kami menamakannya Abdullah (hamba ALLAH).
Fida berkahwin dengan suaminya, Shahzemir Shahzulkarib, 37, yang merupakan bekas pengurusnya pada Mei 2021.
Baca juga: "Jumpa di syurga nanti”- Kandungan 4 bulan, isteri Safwan Nazri keguguran bayi sulung
KEGUGURAN
Keguguran ialah keadaan yang mengakibatkan ibu kehilangan janin sebelum 20 minggu kehamilan. Ia biasanya berlaku semasa trimester pertama atau tiga bulan pertama kehamilan.
Sokongan daripada suami dan keluarga amat diperlukan ketika melalui fasa keguguran.
Setiap kali seseorang wanita itu hamil, kadar keguguran pada semester pertama adalah dalam lingkungan 15 peratus. Tidak semua kes keguguran perlu melalui rawatan diletation & curettage (D&C).
Kebanyakan doktor menasihatkan wanita agar tidak terlalu bimbang dan meneruskan pengambilan asid folik setiap hari sebagai langkah persediaan untuk memulakan kehamilan yang seterusnya.
Baca juga Sukar hamil, tulang reput, ini bahaya kopi untuk wanita
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.