Kenali tanda 5 jenis kemurungan wanita, bukan efek emosi saja, fizikal turut terjejas

Iklan
kemurungan wanita (2)

KENALI tanda-tanda dan jenis kemurungan yang biasa dihadapi wanita. Statistik menunjukkan wanita dua kali lebih mudah mengalami kemurungan berbanding lelaki. Ia bukan sahaja memberikan efek emosi malah turut menjejaskan fizikal.

Kira-kira satu daripada empat orang mengalami kemurungan. Wanita lebih mudah mengalaminya berbanding lelaki kerana faktor hormon, cara menghadapi stres dan tekanan sosial yang berbeza.

Iklan
Iklan

#1. Gangguan depresi utama (Major Depressive Disorder - MDD)

Iklan

Ia juga dikenali sebagai kemurungan klinikal yang menjejaskan emosi, kelakuan, dan juga fungsi fizikal kehidupan anda yang lain seperti selera makan dan juga kualiti tidur.

Wanita yang mengalami kemurungan jenis ini sering hilang minat dalam aktiviti yang pernah digemari selain mempunyai masalah dalam melakukan aktiviti harian mereka. Di Amerika Syarikat, kemurungan jenis ini adalah antara gangguan mental yang paling kerap berlaku.

Iklan

Baca juga: "Tenanglah duhai ibu dan bayi," - Ustazah Asma' kongsi amalan bila diuji kesempitan

#2. Gangguan depresi berterusan (persistent depressive disorder)

Bagi wanita yang mengalami MDD, mereka mungkin akan mengalami satu episod sahaja atau mungkin juga dengan episod yang berulang.

Gangguan kemurungan berterusan atau juga disebut sebagai dysthymia adalah kemurungan tahap rendah yang kronik.

Tahapnya adalah lebih rendah berbanding daripada MDD. Antara simptom-simptomnya ialah perasaan kesedihan yang mendalam, rasa putus asa berterusan selain kekurangan tenaga dan ketidakpastian dalam membuat keputusan.

Baca juga: Wanita alami Bell's Palsy, lumpuh sebelah muka, tidur menghadap kipas jadi punca?

#3. Gangguan bipolar

Gangguan bipolar adalah salah satu daripada jenis-jenis kemurungan. Lelaki dan wanita berpotensi untuk mengalami bipolar dengan 83 peratus daripada keseluruhan kes dikategorikan sebagai teruk.

Gangguan ini melibatkan kewujudan episod mood atau emosi yang bertenaga. Kadangkala, ia diikuti dengan episod-episod kemurungan. Kewujudan episod-episod inilah yang menentukan jenis gangguan bipolar.

#4. Postpartum depression 

Sebanyak 80 peratus ibu baharu bersalin akan mengalami 'baby blues' yang mana simptomnya termasuk perubahan emosi, kesedihan dan keletihan.

Bagaimanapun, gangguan depresi akan hilang dalam tempoh seminggu atau dua minggu. Jika gejala berterusan, ia mungkin tanda berlakunya kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression.

Simptom-simptom jelas postpartum depression ialah menyendiri, kurang selera makan dan kerap berfkiran negatif.

Menurut American Psychological Association (APA), sekitar 10 hingga 15 peratus wanita di Amerika Syarikat mempunyai episod kemurungan dalam tempoh tiga bulan setelah melahirkan anak.

[caption id="attachment_86344" width="1024"] Tabiat makan yang tidak normal sama ada terlalu banyak atau sedikit salah satu petanda kemurungan[/caption]

#5. Kemurungan psikotik (psychotic depression)

Apabila MDD atau gangguan bipolar diikuti dengan keadaan halusinasi, khayalan atau paranoia, ia disebut sebagai MDD dengan ciri-siri psikotik.

Sekitar 25 peratus pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat kemurungan sebenarnya mempunyai kemurungan psikotik.

Gangguan kemurungan utama dengan ciri psikotik dianggap sebagai kecemasan psikiatri dan memerlukan kemasukan ke wad psikiatri.

Justeru wanita, usah abaikan kesihatan mental. Dapatkan rawatan segera sebelum ia menjadi parah.

Baca juga: Kejam! Kelar isteri, bayi, larikan diri berbogel, berikut kronologi kejadian

Sumber: Hello Doktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.