MURNI hati seorang wanita muda berusia 23 tahun yang sanggup menjadi ibu kepada 37 'anak'.
Siapa yang sangka kan? Pada usia terlalu muda sudah mempunyai anak seramai itu.
Tidak mengejutkan, wanita tersebut Tusayiwe Mkhondya dari Malawi, Timur Afrika adalah pengasas organisasi amal dikenali"You Are Not Alone" (YANA), yang mengambil dan menguruskan anak-anak yatim, kanak-kanak jalanan dan ibu muda.
Ia adalah menumpukan keperluan utama membantu mereka menjaga dan menguruskan kehidupan seharian.
Tusayiwe tampil berkongsi aktiviti hariannya di laman TikTok @tusaiweyana di mana mendapat perhatian dan pujian ramai.
Jelas kelihatan rutin dan kehidupan hariannya sebagai ibu yang hebat kepada anak-anak kurang bernasib baik, seperti bangun pada jam 4 pagi setiap hari dan menyediakan tiga hidangan untuk semua kanak-kanak.
Walaupun selepas jam 7 malam, sesudah menidurkan semua kanak-kanak, Tusayiwe masih tidak boleh tidur kerana dia perlu sentiasa 'bersiap siaga' dan jika perlu berjaga sepanjang malam untuk memberi makan, menukar lampin atau menenangkan bayi yang menangis pada bila-bila masa.
Baca juga Ibu cerita pengalaman bersalin bayi 5.6 kilogram, terlalu besar, perlu disambut 2 orang
Walaupun kanak-kanak yang lebih besar akan membantu melakukan kerja rumah, kelihatan Tusayiwe masih sibuk dari pagi sehingga malam, kerana ada bayi yang menangis di tengah malam, dan pada masa ini dia perlu memikul tanggungjawab untuk menenangkan mereka.
Menurut laporan The Sun, Tusayiwe sendiri pernah melalui pengalaman menjadi ibu tunggal dan gelandangan pada usia 18 tahun yang mendorongnya membuka YANA.
Oleh kerana dia sangat mengalami perasaan golongan muda tidak berdaya dan berputus asa, jadi ibu muda ini memutuskan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan semampu yang mungkin melalui organisasi tersebut.
Tusayiwe berkata kesemua kanak-kanak ini tidak semua ditinggalkan. Ada yang menjadi anak yatim, ada yang mempunyai ibu atau bapa tunggal dan ada yang ditinggalkan oleh kedua ibu bapa mereka sama sekali.
Baca juga Ibu manjakan anak dengan kemewahan, hisap puting emas, mandi susu dan madu
Kanak-kanak dalam pusat perlindungan itu berusia antara 5 bulan dan paling tua remaja berusia 16 tahun.
Untuk membantu remaja dan kanak-kanak yang berada dalam situasi yang sama, Tusayiwe berharap YANA dapat mengajar kanak-kanak ini dengan asas pengetahuan, memperkasa diri dan kemahiran hidup demi masa depan mereka.
Rata-rata warga maya mengagumi usaha murni dan mulia Tusayiwe selepas melihat video itu.
Ujar mereka;
"Anda yang kuat, moga terus diberi kekuatan menjadi seorang ibu tetapi hanya satu boleh dikatakan, full of respect!"
"Anda telah melakukan perkara yang hebat untuk mereka, teruskan usaha murni anda!"
"Awak luar biasa. Anda menjadikan dunia tempat yang lebih baik."
"Terima kasih untuk semua yang anda lakukan... tetapi juga jaga diri anda supaya anda kuat untuk mereka."
"Apabila saya menonton ini saya fikir anda adalah Sky Jackson, tetapi anda sangat cantik."
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.