INAI, hiasan kuku yang menjadi trend sejak akhir-akhir ini. Namun perlu diingatkan agar berwaspada menggunakannya kerana ia berbahaya kepada mereka yang mengalami keadaan kesihatan tertentu.
Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis berasal dari perkataan Arab iaitu ‘Henna’’ yang bermaksud ubat. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Baru inai ialah sejenis tumbuhan (pokok kecil yang daunnya digunakan sebagai bahan pemerah kuku dan jari).
Baca juga: Apakah sebenar hukum wanita mewarnakan kuku menurut Islam?
Tambahan pula, kini terdapat pelbagai jenis produk yang ditawarkan dipasaran untuk mengilat kuku dan pewarna rambut. Hal ini sekali gus menarik minat wanita termasuk kanak-kanak untuk mencubanya.
Baca juga: Bayi maut selepas sejam dilahirkan, doktor ini kongsi bahaya kuman GBS
Malah ada yang menggunakan daun inai untuk pelbagai tujuan seperti air mandian dan sebagainya. Oleh kerana ia adalah tumbuhan dan organik, siapa sangka inai berpotensi menimbulkan masalah kepada kesihatan.
"Bayi itu telah datang ke hospital dengan kekuningan, pucat, dan air kencing yang kemerah-merahan selama dua hari. Ibunya merawat radang kulit bayi (napkin rash) menggunakan inai.
"Setelah pemeriksaan dilakukan, paras hemoglobin bayi berkenaan jatuh kepada 6gm/dl dan terdapat kekurangan G6PD,” katanya.
Menurutnya, Lawson adalah bahan yang terdapat di dalam daun inai dan digunakan bukan sahaja untuk kosmetik, tetapi dalam terapi penyakit kulit tertentu.
Di dalam kajian yang dijalankan, sebatian kimia ini boleh menyebabkan sel darah terurai dan pecah.
"Penggunaan inai kebiasaanya adalah selamat kecuali kepada mereka yang mempunyai alergik. Elakkan menggunakan inai jika anda mempunyai alergik kepada Lawsonia Inermis.
" Oh ya, tiada data kajian untuk kegunaan selamat dalam kalangan ibu mengandung atau menyusu. Jika boleh, elakkan sahaja,” tiitipnya.
Ingat ya, usah fikir untuk berhias sahaja. Public Health menggalakkan orang ramai mengelak penggunaan inai sekiranya mempunyai tiga masalah kesihatan berikut;
1-Alahan
2-Sejarah contact dermatitis (radang kulit)
3-Kekurangan enzin G6PD
Ia malah tidak selamat untuk dimakan. Rawatan segera diperlukan sekiranya anda tertelan tumbuhan ini.
Sumber: Pak J Med Sci January - March 2007 Vol. 23 No.1 119-121 via Public Health Malaysia
Baca juga: Inai homemade tahan lama, ringkas ‘wuduk friendly’
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.