Ingat wanita, usah terjebak jual beli ‘cedok live’! Tidak sah, wujud unsur gharar

Iklan
cedok live PU Amin (1)

WANITA dan membeli-belah sukar dipisahkan. Jika dahulu ramai terjebak dengan trend ‘shopping online’ di laman e-dagang, kini wujud pula jual beli ‘cedok live’. Namun ia dikatakan tidak sah kerana wujud unsur gharar.

Disiarkan menerusi laman sosial TikTok dan Instagram, antara barangan yang dijual ‘cedok-cedok’ secara langsung adalah seperti kerongsang, coklat, gula-gula, alat solek, tudung dan banyak lagi.

Iklan
Iklan

Baca juga: Beli barang online lambat sampai sebab kurier, ini cara buat aduan SKMM

Baca juga: Lagi kes pembeli online ditipu, tempah iPhone tapi dapat sabun!

Iklan

[caption id="attachment_87421" width="1024"] Gambar hiasan (Kredit: Canva[/caption]

Penjual biasanya akan melakukan penstriman langsung menerusi akaun TikTok masing-masing manakala pelanggan yang terdiri daripada warga maya akan membuat pesanan masing-masing.

Iklan

Selepas membuat pesanan di ruangan komen, barangan yang akan dicedok secara langsung.

Pendakwah, Pencetus Ummah Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin berkongsi mengenai trend jual beli ‘cedok-cedok live’ yang sedang menjadi ikutan ramai.

Baca juga: Islamkan seorang lelaki, tindakan Aisar Khaled dipuji PU Amin, dorong banyakkan content agama

[caption id="attachment_87419" width="1024"] Kredit foto: Canva[/caption]

"Tidak salah kita hendak berjual beli, tapi kena ingat. Kita perlu menjaga halal dan haram.

"Mana kita dapat belajar bab cedok-cedok ini kan? Sebenarnya amalan cedok mencedok ini ia dekat dengan mulamasah,” tuturnya.

PU Amin turut berkongsi, Iman al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Mas’ud RA, ia berkata:

"Nabi SAW melarang mulamasah dan munabadzah dalam jual beli.”

Imam Muslim meriwayatkan dalam sahih daripada Abu Hurairah RA, dia berkata,"(Jual beli mulamasah), iaitu masing-masing daripada dua orang menyentuh pakaian milik temannya tanpa ia perhatikan dengan saksama.”

Menurut PU Amin, perkara itu pernah diamalkan pada zaman jahiliah.

"Sebab itu kalau kita hendak berniaga, jauhkan daripada unsur-unsur gharar.

"Apa yang dapat dilihat dalam ‘cedok live’ ada unsur gharar yang sangat ditegah dalam agama,” katanya.

[caption id="attachment_87422" width="1024"] Antara pencedok yang digunakan peniaga ketika 'cedok live' ialah seperti senduk, penapis atau skup (Kredit foto: Canva)[/caption]

Baca juga: Kepentingan ketelusan dalam muamalat. Ini inti pati yang perlu diperhalusi

Dalam istilah perundangan Islam, gharar dikaitkan dengan kontrak jual beli yang diharamkan kerana mengandungi unsur-unsur keraguan yang mungkin akan menyebabkan perselisihan antara pembeli dan penjual.

Lebih-lebih lagi jual beli ketika ‘cedok live’ yang mana bayaran dibuat oleh pembeli tanpa mengetahui kuantiti barang yang akan diperolehi.

"Ingat, yang kecil-kecil itu akan dihisab dan dihitung oleh ALLAH SWT, jadi jaga diri kita,” katanya.

PU Amin menegaskan 'cedok live' mempunyai unsur gharar dan ketidakpastian, unsur dicipta dan penganiayaan.

Kongsinya, dua faktor penyebab jual beli ‘cedok live’ tidak layak iaitu adanya unsur jahalah (ketidakjelasan barang) dan masih tergantung dengan syarat.

Baca juga: Jual beli tanpa tahu harga, ramai yang pandang remeh tentang perkara ini, sedangkan…

Muamalat.my memaparkan persoalan warga maya berkaitan trend terbabit yang dijawab oleh Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Ustaz Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah.

SOALAN

"Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan dengan jual beli masa kini. Saya ada mengikuti penjual menggunakan kaedah ‘cedok cedok’ secara live di laman sosial Instagram dan TikTok. Apakah hukumnya, adakah sah jual beli tersebut?

Kiranya (dalam urus niaga itu) pembeli tidak boleh memilih. Penjual akan mejual contohnya satu cedok alat solekan RM80.

Pembeli akan memilih untuk membeli satu cedok. Jadi penjual akan cedokkan secara live barangan itu sebanyak satu cedok. Barang yang akan pembeli dapat nanti rawak iaitu apa yang dicedokkan oleh penjual terbabit."

[caption id="attachment_87424" width="800"] Gula-gula dan makanan ringan menjadi pilihan kebanyakan peniaga 'cedok live' (Kredit foto: Canva)[/caption]

JAWAPAN

Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas.

Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim)

Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual.

Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan. Tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan.

Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar.

Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah).

Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian.

Gharar wujud dua keadaan. Sama ada gharar wujud yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak.

Kedua, gharar al-siffah iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.

[caption id="attachment_87423" width="800"] Rambang mata, kerongsang antara barangan yang dijual melalui 'cedok live' (Kredit foto: Canva)[/caption]

Cedok-cedok adalah sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.

Hati-hatilah sama ada penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan terlibat dalam aktiviti seperti ini. Ia adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan perniagaan mahupun sengaja dijadikan kandungan (content).

Justeru, berhati-hatilah wanita, waspada dalam jual beli. Diharapkan kita semua terhindar daripada urus niaga haram yang membinasakan.

Baca juga: Trend kotak misteri, kotak teka-teki ketika membuat pembelian online, ini pandangan Islam mengenai pendekatan terbaharu penjual itu

Sumber: Instagram PU Amin, Facebook muamalat.my

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.