JODOH rahsia ALLAH, menyatukan dua jiwa. Biarpun jarak memisahkan, memakan masa berbulan-bulan lamanya, kalau sudah jodoh pasti akan bertemu jua. Seperti wanita ini, hanya bertemu suaminya selepas tujuh bulan bernikah.
Wanita yang dikenali sebagai Natasya berkongsi video yang tular di laman sosial TikTok ini tentang kisah perkahwinan jarak jauh.
Lebih mengejutkan, dia dan suaminya yang dikenali sebagai Boy tidak pernah bersua semuka kecuali secara maya sejak berkahwin tujuh bulan lalu.
Malah kedua-duanya bercinta melalui dalam talian tanpa pernah berjumpa. Sementelah beliau di Malaysia dan suaminya di Australia. Menerusi laman sosial TikTok, wanita muda itu berkongsi.
Baca juga: Cari jodoh di Twitter, isi Google Form, gadis enggan perkara diperbesarkan
Baca juga: Masih belum dikurniakan jodoh? Boleh amalkan 4 doa ini
"Jodoh itu rahsia ALLAH, aku tidak pernah berjumpa dia di depan, hanya bercinta tanpa berjumpa. Hebatnya Kuasa ALLAH.
"Aku bernikah online tanpa berjumpa, selepas bernikah tujuh bulan tidak dapat jumpa dan tinggal bersama kerana dia di Australia, aku di Malaysia. Tujuh bulan menanti, akhirnya ALLAH menemukan kami berdua,” titipnya syukur.
Sedangkan terpisah dengan pasangan buat jangka masa pendek pun dah sudah membuatkan ramai di antara kita memendam rindu, inikan pula dalam tempoh yang lama.
Walaupun berkahwin jarak jauh, Natasya bersyukur jodohnya dan suami terpelihara.
" Kuat? Istilah kuat itu hanya ALLAH sahaja yang tahu. Apa yang boleh aku ungkapkan ALLAH akan menguji hamba-NYA yang mampu menerima ujian itu. Alhamdulillah walaupun tidak pernah berjumpa hubungan kami baik tanpa orang ketiga.
"Alhamdulillah ALLAH jaga hati kami, semoga selepas ini pun ALLAH sentiasa menjaga hati kami,” titipnya.
Baca juga: "Wanita jangan cari jodoh sampai jadi bodoh", pesan pensyarah dan pakar hartanah ini
Natasya turut menitipkan pesan buat yang masih bujang agar tidak risau akan jodoh.
"Tidak perlu untu bertemu atau ‘date’ beriya-iya, yakin dengan ALLAH, jodoh itu adalah ketentuan ALLAH SWT yang ditetapkan sebelum kita dilahirkan di dunia yang fana ini.
"Percayalah setiap apa yang berlaku dan ketentuan yang ditetapkan oleh-NYA adalah yang terbaik,” titipnya.
Menerusi video yang tular hingga meraih lebih 1 juta tontonan itu, warga maya rata-rata terharu dan tersentuh. Rata-rata mereka mengakui cabaran perhubungan jarak jauh dan mendoakan kebahagiaan pasangan itu berpanjangan.
-"PJJ hanya untuk orang terpilih. ALLAH pilih hamba-hamba-NYA yang paling kuat. Tahniah sis!”
-"ALLAH sebaik-baik perancang. Semoga kalian bahagia hingga Syurga.”
-"Ya ALLAH, nilai kebahagiaan tanpa syarat, semoga bahagia milik awak selamanya, sedih baca kish ini.”
-"Aku yang sebak kenapa? Syukur suami ada depan mata, untuk yang PJJ anda semua memang hebat sebab mampu menahan sabar berjauhan.”
-"Ya ALLAH kita pula yang syahdu tengok, moga mahligai yang dibina berkekalan hingga syurga.”
Baca juga: Setelah 7 yang menolak, akhirnya yang ke 8 jodoh suami
Sumber: TikTok @NatasyaBunny
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.