ISTERI tulang belakang sebuah perkahwinan. Agaknya berapa ramai wanita pada hari ini yang menangis kerana kepenatan tetapi cuba menyembunyikannya daripada suami semata-mata tidak mahu mengeruhkan keadaan?
Pada hari ini, isteri tidak mengasuh anak,menjaga keperluan suami dan menguruskan rumah tangga. Ramai dalam kalangan kaum Hawa menjadi penyumbang ekonomi keluarga untuk meringankan beban suami.
Daripada celik mata pada waktu pagi hingga melelapkan mata pada malam hari, tugas seorang wanita dan ibu tidak akan habis. Apabila tubuh letih, wanita mudah untuk 'menyinga', meninggikan suara dan hilang mood (moody).
Baca juga: "Tunaikan segala impian yang tersayang" - Pesan Shuib sempena setahun pemergian isteri
Baca juga: Suami tampal nota maaf memandu perlahan bawa isteri baru bersalin 'czer' buat ramai terharu
[caption id="attachment_89278" width="800"] Kredit foto: Freepik (DCStudio)[/caption]
[caption id="attachment_89282" width="800"] Pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah[/caption]
"Sungguh para isteri jadi burnout, penat, breakdown ini disebabkan emosi dan mental. Lebih-lebih lagi kalau suami tak faham keadaan isteri.
"Itulah hikmahnya ALLAH anugerahkan kepada lelaki jumlah akal yang banyak, supaya dapat melihat dari pelbagai sudut dan menyelesaikan misteri paling besar di dunia iaitu hati wanita,” titipnya.
Baca juga: Syak main kayu tiga, kepala isteri dipenggal suami, dibawa ke balai polis
Baca juga: Pelakon Indonesia, Raffi Ahmad beri nafkah lebih RM50,000 sebulan buat isteri
TANDA ISTERI BURNOUT
Dalam pada itu, Datuk Dr Mohd Fadzilah menyenaraikan beberapa beberapa tanda yang boleh dilihat pada seorang wanita dan wajib diambil tindakan segera oleh si suami.
"Tanda-tanda isteri sedang burnout ialah cepat marah atau meninggikan suara pada anak-anak. Walaupun hal yang berlaku adalah kesalahan kecil. Anak sepahkan rumah. Anak lupa nak siapkan kerja sekolah. Anak diam tak menyahut bila dipanggil. Isteri terus hilang sabar.
"Apabila dia sudah mula tinggi suara tu, ketahuilah bukan si anak yang bersalah tetapi mental dan emosinya yang tak dapat menampung kesabaran dalam melayan anak-anak,” kongsinya.
Baca juga: Beruntung! Wanita diceraikan suami, layanan mentua kekal seperti menantu buat ramai tersentuh
Di samping itu, katanya terdapat beberapa petanda serius yang perlu dilihat termasuk menangis tanpa sebab. Jika ini berlaku, suami perlu bertindak segera.
"Ditambah pula dengan moodnya yang hilang untuk bergurau. Kurang bercakap daripada kebiasaan, mula mejauhkan dan mengasingkan diri semasa di dapur atau bilik tidur. Ada masa kita nampak dia menangis tanpa sebab.
"Waktu itu, cepatlah kesat air matanya. Dan terus ambil alih peranan dan tanggungjawabnya. Biarkan dia berehat. Katakan"Awak rehatlah dulu. Pergi mandi, bersihkan diri dan baring ya. Biar abang masak dan jaga anak-anak."
"Masa itu, yakinlah walau penat sekalipun beliau akan rasa lebih lega dan tenang seketika kerana ada suami yang bertanggungjawab, prihatin serta penyayang,” kongsinya.
Baca juga: Wanita ditembak bekas suami, tidak boleh terima kisah penceraian jadi ‘viral’ TikTok
Datuk Dr Mohd Fadzilah menambah, peranan suami amat mustahak dan perlu sentiasa ‘hadir’ dalam waktu genting itu.
"Para suami, jangan biarkan isteri kepenatan dan kalian perlu yakin satu perkara ini. Apabila isteri hilang penat, dia akan gembira. Apabila kamu lihat dia gembira, penat kamu juga turut hilang. Kena selalu buat begini. Kena selalu hadir untuk isteri,” titipnya.
KETAHUI BEZA KEMURUNGAN, STRES DAN CEMAS
Wanita tidak dapat lari daripada stres. Ia adalah perkara yang normal. Namun, stres boleh menjadi bebanan seseorang itu tidak dapat untuk menguruskannya dengan baik.
Jadi, apabila situasi tersebut tidak dapat dikendali dan berterusan, ia boleh menimbulkan masalah tambahan lain iaitu kemurungan dan kebimbangan melampau.
Kesannya, mereka akan merasakan serba-serbi kerisauan, menyebabkan jantung berdebar dan takut sehingga memberi impak paling bahaya iaitu menganggap diri tidak berguna.
Stres kemurugan dan cemas berkait rapat dan wanta perlu tahu gejala dan simptom utama yang dihadapi dan segera mendapatkan rawatan.
Baca juga: [VIDEO] Ibu marah, pukul anak gara-gara nak berak, berikut 9 tip elak ‘burnout’
Sumber: Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan