NAFKAH daripada suami kepada isteri adalah suatu kewajipan. Ia adalah hak bagi seorang isteri dan perlu ditunaikan mengikut kemampuan suami. Seperti  pelakon ini yang yang memberikan nafkah pada jumlah yang besar iaitu lebih RM50,000 kepada isterinya.

Pelakon dan jutawan Indonesia, Raffi Ahmad mendedahkan kepada aktor Andre Taulany memberikan isteri, Nagita Slavina wang nafkah yang besar jumlahnya biarpun wanita itu mempunyai pendapatan sendiri.

Baca juga: Jutawan Indonesia, Raffi Ahmad korban 20 ekor lembu, ada yang cecah 1.3 tan

Memetik Viva.co.id, tidak hanya, Raffi Ahmad turut memberikan tiga kad kredit yang mempunyai had 50 juta rupiah (RM15,000).

Jumlah terkumpul nafkah bulanan ialah 200 juta rupiah (RM59,561.20)

“Nagita, saya berikannya wang tunai 50 juta rupiah, tiga kad kredit, 50 juta rupiah setiap satu. Jadi semuanya 200 juta rupiah,” tutur Raffi Ahmad kepada Andre Taulany yang dipetik Instagram @rumpi_gosip.

Baca juga: [VIDEO]15 tahun culas nafkah, wanita dedah proses tuntut bekas suami RM78K

Baca juga: #SiBibirMerah Langkah terbaik! Beku akaun, potong gaji bekas suami culas nafkah

Dengan jumlah sebanyak itu, Nagita tidak dapat menghabiskan semua wangnya. Raffi menjelaskan, wang yang diberikannya kepada Nagita tidak pernah dibelanjakan kerana isterinya lebih suka menggunakan wang hasil pendapatan sendiri.

Katanya, si isteri hanya menggunakan kad kredit untuk keperluan yang mendesak.

Kenyataan lelaki yang dijuluki panggilan Sultan Andara itu kemudiannya mengundang pelbagai komen warga maya yang membandingkan diri mereka dengan Nagita Slavina.

-“Ya ALLAH, jadikan aku Nagita dari segi kewangan dan kesabaran dan kecantikan.”

-“Orang tu pun ada duit sendiri, duit suami beri simpan sahaja.”

-“Jelas sekali, Nagita tidak menghabiskannya, dia mendapat wang sendiri daripada perniagaannya.”

Baca juga: Suami ‘hilang’ lebih 20 tahun, tiada khabar berita, apalagi beri nafkah. Akhirnya isteri

Umum mengetahui isteri Raffi itu mempunyai pelbagai sumber pendapatan yang lumayan daripada perniagaan makanan dan minuman, perabot, syarikat produksi, kosmetik dan saluran YouTube.

Raffi dan Nagita mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rafathar Malik Ahmad, 6, dan Rayyanza Malik Ahmad yang kini berusia 8 bulan.

Iklan

Biarpun isteri sudah memiliki pendapatan sendiri, tindakan Raffi menitipkan wang perbelanjaan wajar dipuji dan dicontohi.

Menurut Cinta Sakinah Jabatan Agama Islam Perak, pemberian nafkah adalah wajib ke atas suami sama ada isteri berkemampuan atau sebaliknya.

 

Isteri mempunyai hak untuk menuntut nafkah dari suami menurut peruntukan yang ada dalam Undang-Undang Keluarga Islam walaupun masih dalam ikatan perkahwinan.

Namun begitu, nilainya perlu mengikut kemampuan suami menurut perbelanjaan semasa.

Iklan

Suami tidak boleh mengambil kesempatan untuk menidakkan keupayaannya bagi mencari pendapatan menurut keupayaan sebenar yang diukur dari sudut masa, usia, tenaga dan kesihatan.

Baca juga: Nafkah isteri tak pernah abai. Masa paling sempit, tetap hulur walau RM20 sebulan- Lelaki ini bongkar 7 amalan murah rezeki

Sumber: Viva.co.id, Cinta Sakinah Jabatan Agama Islam Perak

Kredit foto: Instagram raffinagita1717

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.