5 fakta Rajwa Khaled anak hartawan Arab Saudi, bakal Permaisuri Jordan

Iklan
4

RAJWA Khaled Al-Saif, demikian nama wanita yang mencuri hati Putera Mahkota Jordan Hussein bin Abdullah II sekali gus bakal menjadi Permaisuri Jordan.

Putera Mahkota Jordan berusia 28 tahun itu merupakan anakanda pertama Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania. Pertunangan mereka yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini menjadi tumpuan.

Iklan
Iklan

Baca juga:"Tenang air muka, cantik macam bonda." - Wajah terkini Puteri Ameerah raih perhatian, dipuji persis ibunya, Azrinaz!

Baca juga: "Beauty with brain"- Tengku Puteri Afzan Aminah kini graduan Sarjana Muda Sains Pengurusan dan Perakaunan

Iklan

Masakan tidak, ramai yang tertunggu-tunggu untuk mengenali gerangan wanita yang bertahta di hati putera diraja.

Iklan

Bakal bergelar Permaisuri, Rajwa bukan wanita sembarangan. Elegan, jelita dan bijak, demikian ungkapan yang sesuai buat si tinggi lampai itu.

Siapa Rajwa yang turut menawan hati Permaisuri Rania? Berikut lima fakta mengenainya.

ANAK HARTAWAN

Beliau merupakan anak kepada Khalid bin Musaed bin Saif bin Abdulaziz Al Saif dan Azza binti Nayef Abdulaziz Ahmed Al Sudairi. Menurut South China Morning Post, bapa Rajwa ialah CEO Kumpulan Al Saif iaitu sebuah syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan, pembinaan dan keselamatan.

Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 hari, perkahwinan diraja puteri Sultan Brunei jadi tumpuan dunia

ANAK BONGSU

Dilahirkan pada 28 April 1994, Rajwa merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Jika mengikut perkiraan bulan, wanita itu lebih tua dua daripada Putera Mahkota Hussein yang hari lahir pada 28 Jun.

Baca juga: Puteri Belanda tolak elaun diraja RM7.96 juta, selagi belum jalankan tugas rasmi

PELAJARI SENI BINA

Selepas menamatkan sekolah menengah di Arab Saudi, Rajwa berpindah ke New York dan melanjutkan pelajaran di dalam bidang seni bina di Syracuse University’s College of Architecture.

GRADUAN KOMUNIKASI VISUAL

Beliau turut memegang ijazah dalam komunikasi visual daripada Fashion Institute of Design and Merchandising di Los Angeles, Amerika Syarikat dan pernah bekerja di firma seni bina di sana sebelum berkhidmat di semasa di studio reka bentuk Designlab Experience di Riyadh.

Baca juga: Kejelitaan puteri bongsu negeri Terengganu curi perhatian netizen saat rai ulang tahun Hari Keputeraan ke-19

MENDAPAT RESTU PERMAISURI RANIA

Ikatan yang termeterai antara dua hati itu direstui ibu. Malah Permaisuri Rania menganggap bakal menantunya itu sebagai puteri ketiga dalam keluarganya.

"Teruja untuk mengalu-alukan kedatangan anak perempuan ketiga saya, bakal pengantin Al Hussein, Rajwa, ke dalam keluarga! Kami sangat gembira untuk anda berdua,” tulisnya di Instagramnya.

Baca juga: Fazura terharu diundang buat kejutan di majlis sambutan peribadi Tengku Permaisuri Selangor

IKUTI FESYEN BAKAL IBU MENTUA

Menurut laporan media Jordan, Rajwa memakai sepasang anting-anting emas putih bertatahkan berlian kuning milik Permaisuri Rania semasa majlis pertunangan. Anting-anting berkenaan daripada koleksi barang kemas terkenal Stephen Webster.

Memandangkan Putera Mahkota Hussein adalah yang pewaris takhta Jordan, Rajwa kemungkinan besar akan mempunyai lebih banyak tanggungjawab sosial dan tugas-tugas rasmi apabila berumahtangga kelak.

Putera berkenaan kini mengetuai Yayasan Putera Mahkota dan menjadi tuan rumah kepada kerabat diraja lain semasa lawatan mereka ke Timur Tengah.

Ramai mula mengaitkan wanita itu dengan Duchess of Cambridge, Kate Middleton. Ia kerana Rajwa memakai gaun biru bagi foto rasmi pertunangan seperti mana Kate.

Baca juga: Dimasyhur Pro-Canselor UiTM, ini 8 fakta Tengku Permaisuri Norashikin

Sumber: South China Morning Post

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan