Ibu bapa sibuk berkaraoke, tak sedar anak jatuh dari tingkat 3 hotel

Iklan
Gambar hiasan (3)

IBU bapa sedang berkaraoke tidak menyedari anak lelaki maut dalam keadaan tragis selepas terjatuh dari tingkat tiga di sebuah hotel di Pekanbaru, Riau, Indonesia.

Sesungguhnya malang tidak berbau. Atas faktor keselamatan, kanak-kanak bukan sahaja tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan, malah tidak digalakkan sama sekali untuk ditinggal sendirian.

Iklan
Iklan

Seperti kejadian yang berlaku di negara jiran ini di mana kanak-kanak berusia tiga tahun dibiarkan bersendirian di bilik hotel oleh ibu bapanya. Lebih menyayat hati, si kecil itu akhirnya menemui ajal selepas  terjatuh dari tingkap hotel bilik yang didiami.

Liputan6 melaporkan kemalangan yang menimpa kanak-kanak lelaki itu hanya disedari pekerja hotel yang ternampak sesuatu terjatuh.

Iklan

Apabila dihampiri, alangkah terkejutnya mendapati objek tersebut adalah jasad seorang kanak-kanak yang sudah meninggal dunia dalam posisi berbaring.

"Saksi yang melihat mangsa berlumuran darah kemudian segera membawanya ke hospital dengan kenderaan milik hotel,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pekanbaru, Kompol Andrie Setiawan seperti dipetik Antara.

Iklan

Baca juga: Ibu bapa pergi gathering, tergamak tinggal jasad bayi ‘membusuk’ di rumah

[caption id="attachment_93127" width="800"] Gambar hiasan[/caption]

Kredit foto: Image by Hands off my tags! Michael Gaida from Pixabay 

Saksi yang berada di tempat kejadian sempat mendongak ke atas dari lokasi mangsa terjatuh dan mendapati tingkap bilik pada aras tiga hotel itu terbuka.

Mereka kemudian cuba memasuki bilik berkenaan tetapi tidak berjaya.

"Disebabkan tiada orang membuka pintu, kerani hotel membuka bilik dengan kunci utama. Bilik itu kosong dan tingkap terbuka,” tambahnya.

Pasangan muda itu berkata mereka tidak berada di dalam bilik hotel kerana berkaraoke di tingkat bawah hotel.

Baca juga: Netizen bengang, lelaki beristeri dua tergamak jadikan anak 'hamba seks' dipenjara 45 tahun, 24 sebatan

[caption id="attachment_93128" width="800"] Gambar hiasan[/caption]

Image by Pexels from Pixabay

Baca juga: Ditinggalkan ibu ke dobi, kanak-kanak 4 tahun maut terjatuh kondominium 35 tingkat

Saksi kemudian mengarahkan ibu bapa kanak-kanak itu ke lobi dan menerangkan keadaan.

"Mangsa yang telah dibawa ke Hospital Safira disahkan meninggal dunia dan kemudian dibawa ke Hospital Bhayangkara Polis Riau untuk bedah siasat,” kata Andrie.

Kejadian ini wajar dijadikan pengajaran, khususnya golongan ibu bapa dan mereka yang bergelar penjaga kanak-kanak. Hanya kepada kita insan-insan kecil ini mengharapkan perlindungan.

Kempen Keselamatan Kanak-Kanak di Amerika Syarikat (AS) membataskan hanya kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas boleh ditinggalkan sendirian di rumah. Manakala bagi sesetengah negeri di sana terdapat had umur tersendiri seperti Illinois, 14 tahun, Maryland, lapan tahun manakala Oregon, 10 tahun.

Baca juga: Kanak-kanak maut disengat obor-obor di Pulau Pangkor, 6 info haiwan berbisa ibu wajib tahu

Bukan sahaja ditinggalkan sendirian di rumah, kanak-kanak tidak boleh dibiarkan sendirian tanpa pengawasan sama sekali.

Menurut Jabatan Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial AS, kanak-kanak tidak sepatutnya ditinggalkan di dalam kereta, taman permainan atau di mana sahaja tanpa pengawasan.

Hal ini kerana kanak-kanak di bawah umur berkenaan tidak dapat menentukan yang mana selamat dan yang mana tidak. Mereka lebih mementingkan keseronokan sendiri seperti bermain berbanding keselamatan diri sendiri.

Selain umur dan kematangan, kanak-kanak perlu didedahkan dengan kemahiran tertentu apabila berdepan situasi kecemasan. Semoga kes sebegini tidak akan berulang lagi.

Baca juga: Kanak-kanak 4 tahun temui ajal, ditinggal ibu bapa dalam kereta suhu 49 darjah Celsius

Sumber: Laporan6, childwelfare.gov

Kredit foto utama: Image by José Manuel de Laá from Pixabay 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.