Dr Hamid Arshat kongsi makanan baik untuk rahim, bagus diamalkan wanita

Iklan
makanan baik untuk rahim wanita (1)

RAHIM umpama mahkota bagi kesihatan seorang wanita. Ciri-ciri rahim yang sihat kadangkala boleh dilihat daripada gaya hidup dan rutin yang diamal. Jika seorang wanita menjalani gaya hidup seimbang, kesihatan rahim secara umumnya lebih baik.

Menurut pakar perbidanan dan sakit puan, Datuk Dr Hamid Arshat, kaum wanita perlu sentiasa berwaspada jika ada ahli keluarga memiliki sejarah penyakit melibatkan rahim. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka dan menyumbang sebanyak 10 peratus.

Iklan
Iklan

Fungsi utama rahim ialah untuk menampung kehamilan. Berkahwin dan hamil awal dalam usia muda boleh mencegah daripada berlakunya ketumbuhan fibroid dan adenomyosis.

Iklan

Baca juga: 45 tahun menabur bakti, persaraan Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat undang kesedihan warga maya

Baca juga: Risiko wanita hamil di luar rahim, adakah pembedahan IVF diperlukan? Ini jawapan pakar

Iklan

[caption id="attachment_96347" width="800"] Kredit foto: Pixabay[/caption]

Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih berisiko tinggi memgalami ketumbuhan fibroid dan adenomyosis. Rahim sangat-sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron.

Baca juga: Wanita trauma, hospital cuai tinggalkan kepala bayi dalam rahim

Amat penting untuk kaum wanita menjaga kesihatan rahim sejak dari kanak-kanak hinggalah dewasa. Makan makanan yang berkhasiat dan kerap bersenam agar rahim sentiasa sihat dan subur. Ini senarai makanan yang elok diamalkan oleh kaum wanita untuk menjaga kesihatan rahim:

1.Nanas mengandungi enzim bromalin. Selain nanas, betik juga elok diamalkan dan sangat baik untuk rahim. Betik mengadungi enzim papase. Kedua-dua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim.

2. Amalkan makan keledek merah. Keledek merah membekalkan sedikit hormon progesteron. Amalkan juga makan keladi kerana keladi mengandungi sedikit estrogen. Ubi kayu pula ada sedikit B17 (anti kanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim.

3. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai turut disenaraikan sebagai makanan yang baik untuk rahim kerana  mengandungi bahan anti inflamasi yang menjaga rahim.

4. Banyakkan makan sayur-sayuran khususnya yang berwarna hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kubis, kacang, lobak merah, brokoli, tauge dan lain-lain.

5. Buah-buahan juga baik untuk menjaga kesihatan rahim. Banyakkan makan buah-buahan seperti jambu, limau, mangga, epal dan buah naga.

[caption id="attachment_96348" width="800"] Kredit foto: Pexels[/caption]

6. Kekacang juga mengandungi khasiat untuk menjaga rahim. Makanlah pelbagai kekacang seperti kacang tanah, gajus, badam, walnut dan lain-lain. Kismis dan kurma juga elok diamalkan setiap hari.

7. Makan lebih ikan seperti ikan kembung, tenggiri, bawal, tuna dan tongkol.

8. Amalkan meminum teh hijau yang mengandungi anti oksidan yang boleh mencegah penyakit.

9. Amalkan meminum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

10. Amalkan juga pengambilan suplemen multi vitamin, vitamin C (1 gram) dan vitamin E (400 IU), logam kalsium dan minyak ikan (1-2000 gran) setiap hari.

Baca juga: Wanita terpaksa buang rahim akibat ketumbuhan fibroid. Berikut fakta yang perlu kaum Hawa tahu

Akibat penurunan imuniti ekoran daripada pemakanan yang kurang berzat serta peningkatan stres, darah haid boleh menyebabkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroid. Walaupun ketumbuhan ini menimbulkan gejala-gejala yang sama seperti endometriosis dan adenomyosis, penyakit ini boleh dirawat dan dipulihkan melalui pembedahan.

Kaum wanita digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan sistem peranakan yang menyeluruh bagi memastikan rahim berada dalam keadaan baik.

Baca juga: Bukan lagi wanita menopaus, kaum hawa bawah umur 50 tahun dikesan hidap kanser rahim. Ini punca-puncanya

Sumber: Dr Hamid Arshat

Kredit foto utama: 1, 2

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi