Takut nak sunat, lelaki nekad lari dari rumah tahun 1998, balik semula 25 tahun kemudian

Iklan
2

SUNAT atau berkhatan lazimnya sangat digeruni kanak-kanak lelaki. Kalau dahulu untuk Tok Mudim hanya menggunakan pisau khas dan mereka terpaksa duduk atas batang pisang, kini pelbagai teknologi wujud menjadikan proses itu kurang sakit dan lukanya cepat sembuh.

Banyak cerita berkaitan khatan ini sebenarnya. Ada kanak-kanak perlu dipujuk dan diberikan upah, tidak kurang yang sanggup melarikan diri kerana enggan melalui detik menyakitkan itu. Seperti kisah pemuda di Kecamatan Polanharjo, Indonesia ini, memang penulis langsung tak sangka!

Iklan
Iklan

Lari dari tahun 1998, tahun 2023 baru kembali ke pangkuan keluarga! Kepulangannya disambut dengan linangan air mata.

Iklan

Baca juga: 15 tip luka khatan anak cepat sembuh ‘mak-mak’ perlu tahu, elak jangkitan kuman

Iklan

Lapor Detik.com, tanpa khabar berita, keluarganya terkejut dengan kemunculan anak mereka itu selepas hampir tiga dekad menghilang.

"Daripada semakan keluarga, lelaki itu hilang ketika dia berada Darjah 1. Dia dikatakan trauma untuk berkhatan,” kata Koordinasi Pekerja Kebajikan Masyarakat Daerah Klaten, Joko Prayitno.

Joko menjelaskan sehalanya bermula apabila kandungan YouTube yang menemui seseorang dengan masalah gangguan mental (ODGJ) di Kabupaten Bantul tular dalam kalangan penduduk. Mereka telah menemui lelaki itu yang mengakui berasal dari Klaten.

"Tenaga Kesejahteraan Sosial Kecamatan (TKSK) mempunyai hubungan yang baik dengan rakan TKSK dan institusi lain di kawasan yang lain. Kebetulan kami bertemu dengan YouTuber yang mengendalikan OGDJ lalu dia memberitahu kami hal tersebut,” ujar Joko.

Baca juga: Khatan anak usia sebulan, Mira Filzah kongsi pengalaman, banyak manfaat

[caption id="attachment_104963" width="800"] Ibunya dikatakan pengsan selepas melihat anak 25 tahun hilang muncul di depan mata.[/caption]

Usaha dilakukan untuk mencari keluarga lelaki berkenaan. TKSK menghubungi rakan di Bantul untuk membuat semakan seterusnya TKSK di daerah Klaten menghubungi dan berbincang dengan keluarga lelaki tersebut.

"Kami menemui keluarganya untuk memeriksa ciri-ciri istimewa yang dimiliki anak mereka dengan lelaki tersebut yang turut dihadiri oleh ketua kampung. Hari ini jelas, kami menjalankan penyatuan semula keluarga itu,” jelas Joko lagi.

Difahamkan sepanjang kehilangan lelaki itu, keluarganya telah mencuba pelbagai usaha mencari tetapi tetap tidak menemuinya.

Baca juga: Boleh makan ayam, telur, ikan, kicap dan sayur, ini tip penjagaan luka berkhatan

Joko menjelaskan lelaki terbabit berada dalam keadaan sihat fizikal dan mentalnya dan tetapi hanya trauma.

Baca juga: [VIDEO] Anak sindrom down juga wajib berkhatan. Ibu ayah kena ambil tahu perkara ini…

[caption id="attachment_100691" width="600"] Gambar hiasan (Kredit foto: Sinar Harian)[/caption]

Antara 10 yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:

1. Terangkan kepada anak akan faedah dan kepentingan bersunat.

2. Raikan mereka dengan memenuhi keinginan mereka sebelum hari bersunat.

3. Memberi hadiah atau ganjaran sekiranya anak berjaya menyempurnakan berkhatan.

4. Mandi terlebih dahulu sebelum ke klinik. Antara tip khatan yang paling dilupai adalah mandi air sejuk dahulu sebelum ke klinik. Ini kerana ia akan membuat zakar sedikit kebas kerana kesejukan air tersebut. Zaman dahulu, anak yang dikhatankan akan disuruh berendam di sungai.

5. Memakai seluar yang longgar atau membawa kain pelikat dan sapu tangan.

6. Minta anak buang air kecil atau besar sebelum bersunat.

7. Sentiasa Bersama anak sewaktu prosedur dijalankan.

8. Tenangkan anak dengan memujuk atau membaca surah Al-Quran bersama-sama.

9. Beri permainan atau video untuk mengalihkan perhatian mereka.

10. Sentiasa menyokong anak dan tidak mengganggu staf kesihatan menjalankan prosedur.

Baca juga: [VIDEO] Adik ‘cakap besar’ tak takut berkhatan, akhirnya lain pula yang jadi

Sumber: detik.com, Klinik Tuah 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi