TERGAMAKNYA, demikian perkataan yang terdetik di fikiran apabila mengikuti kes ini. Seorang wanita disyaki membunuh blogger yang memiliki wajah seiras dirinya semata-mata untuk memalsukan kematian sendiri.
Shahraban K, 24, menjelajah media sosial untuk mencari wanita yang mempunyai wajah serupa dengannya. Pencariannya terhenti selepas menemui seorang bernama Khadidja O, seorang blogger kecantikan berketurunan Algeria.
Shahraban yang berketurunan Iraq dikatakan menghubungi blogger itu sebelum mengatur pertemuan yang berakhir dengan kejadian tragis.
Khadidja bersetuju untuk bertemu dan dia telah dijemput menaiki Mercedes hitam oleh Shahraban ddan rakan pada 16 Ogos 2022.
Baca juga: Kronologi kes pembunuhan kejam ketua jururawat, lelaki Nigeria dihukum gantung sampai mati
Ibu bapa Shahraban dikatakan sedang mencari anak perempuan mereka yang hilang di Jerman menemui satu jenayah yang mengerikan.
Mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa. Menurut National News, mayat Khadidja dibiarkan terbaring di dalam kereta yang diletakkan berhampiran rumah Shahraban di Ingolstadt, selatan Jerman.
Baca juga: Pembunuhan Siti Nur Surya hampir sama seperti kes 13 tahun lalu-Wartawan jenayah
Polis pada awalnya terperdaya dan percaya Shahraban sudah mati.
Tetapi penyiasat tidak lama kemudian menimbulkan keraguan besar tentang identiti dan ujian DNA menunjukkan mayat itu sebenarnya adalah mayat wanita berketurunan Algeria yang menurut polis kelihatan sangat mirip dengan Shahraban.
Shahraban dan seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan kerana disyaki membunuh Ogos lalu.
Polis Bavaria berkata kes pelik itu dinaikkan ke tahap siasatan pembunuhan dan waran tangkap baharu dikeluarkan.
Baca juga: Wanita jadi mangsa rakan sekerja dipercayai angkara cemburu, suspek tersenyum buang mayat guna troli
Polis percaya Shahraban merancang untuk memalsukan kematiannya sendiri kerana mahu lari daripada masalah keluarga.
Salah satu taktik yang dilapor diguna wanita itu ialah sesiapa yang bersetuju bertemu dengannya akan muncul dalam video muzik oleh seorang penyanyi rap bernama Lune.
Baca juga: Wanita terselamat daripada diculik, dibunuh bekas kekasih selepas minta bantuan guna bahasa isyarat
[caption id="attachment_105620" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)[/caption]
Ketika kedua-dua suspek ditahan sejak Ogos kerana disyaki membunuh, Mahkamah daerah mengeluarkan waran tangkap minggu lalu berhubung jenayah pembunuhan yang membawa hukuman penjara seumur hidup.
Aduhai macam-macam boleh jadi. Sepatutnya wanita sesama wanita perlu saling melindungi, bukannya terlibat jenayah dan berbunuhan demi sebuah identiti.
Sumber: New York Post, The National News
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi